• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Putuskan NSTP Amal Kewartawanan Bertanggungjawab

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dan penyiaran artikel berhubung enam penjenayah diburu polis tiga tahun lepas, mempunyai kepentingan awam.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin dalam penghakiman ringkasnya mendapati NSTP juga tidak berniat jahat dalam menyiarkan artikel bertajuk “6 Penjenayah Buruan Utama” dalam akhbar Harian Metro, 20 Okt 2012.

Sehubungan dengan itu, Nor Bee menolak saman yang difailkan pemandu lori Azri Abdullah, 32, terhadap NSTP dan wartawan Harian Metro, Wan Asrul Wan Hasan, selepas mendapati plaintif gagal membuktikan perkataan dalam artikel itu membawa satu perkataan fitnah terhadapnya.

Nor Bee memerintahkan Azri membayar kos berjumlah RM10,000 kepada kedua-dua defendan.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan daripada empat saksi plantif termasuk Azri dan seorang saksi defendan.

Azri selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap kedua-dua defendan pada 2013 berhubung artikel yang mendakwa beliau antara enam suspek yang menjadi buruan polis.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Azri mendakwa laporan akhbar itu dan kandungan pada perenggan pertama berserta gambarnya yang disiarkan dalam akhbar itu membawa maksud beliau penjenayah di dalam kegiatan samun bersenjata, sangat dikehendaki oleh pihak berkuasa dan seorang yang amat berbahaya.

Plaintif mendakwa beliau tidak pernah dianggap sebagai penjenayah oleh pihak berkuasa tetapi hanya diminta untuk tampil bagi membantu siasatan dan tidak dikenakan sebarang pertuduhan atas sebarang kesalahan jenayah, seperti yang dilaporkan dalam laporan berita itu.

Akibat daripada laporan berita itu, Azri mendakwa beliau mengalami tekanan perasaan dan tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa kerana perasaan malu yang dialaminya.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau sebanyak RM500,000, satu perintah injunksi bagi menghalang defendan menyebarkan perkataan-perkataan fitnah, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Azri diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin manakala kedua-dua defendan diwakili peguam M. Rueben dan G. Navinthar. – BERNAMA

Tags: mahkamahNSTP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd