• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Omar Bantah Boikot Peniaga Cina

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar membantah saranan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan.

Beliau mendakwa, saranan itu tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Malah, katanya, seruan boikot tidak wajar ditujukan kepada peniaga kaum Cina kerana kerajaan yang salah dalam isu tersebut.
“Masalah harga barang yang tidak turun ini berpunca daripada kegagalan pihak kerajaan sendiri untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada. PAS menuntut kerajaan sendiri yang menunjukkan contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kawalan iaitu gula, tepung gandum, minyak masak dan gas memasak.

“Seiring dengan itu tarif elektrik dan tambang pengangkutan awam wajar diturunkan oleh pihak kerajaan kerana kos penjanaannya sudah turun,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz berkata, kerajaan perlu bertindak dengan lebih proaktif,agresif dan bersepadu dalam menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah.

kata beliau, peranan Majlis Penasihat Harga yang berfungsi untuk menasihati Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlulah diperkasakan lagi agar penilaian harga barang dapat dibuat mengikut keadaan semasa.

Tags: boikot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Berhak Untuk Protes, Boikot – Duta AS

Rakyat Malaysia Berhak Untuk Protes, Boikot – Duta AS

02/04/2024
0

KUALA LUMPUR : Amerika Syarikat (AS) menyokong hak rakyat Malaysia untuk mengadakan protes secara aman di kedutaannya sebagai cara menyatakan...

Jegil Mata, Senyum Sinis, Jelir Lidah Dan Boikot Dikategorikan Buli

Jegil Mata, Senyum Sinis, Jelir Lidah Dan Boikot Dikategorikan Buli

10/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Menjegil mata, senyum sinis dan mencebik mulut, selain menjelirkan lidah dan boikot diklasifikasikan sebagai perbuatan buli yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd