• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Berhak Untuk Protes, Boikot – Duta AS

oleh Mohd Arshad
02/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rakyat Malaysia Berhak Untuk Protes, Boikot – Duta AS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Amerika Syarikat (AS) menyokong hak rakyat Malaysia untuk mengadakan protes secara aman di kedutaannya sebagai cara menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Israel berhubung konflik di Gaza.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Edgard D Kagan, berkata kebebasan itu menunjukkan amalan demokrasi yang baik di negara ini terus diberi keutamaan.

Kagan, yang menyampaikan watikah pelantikannya kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 20 Mac, berkata beliau memahami perasaan dan pendirian rakyat Malaysia berhubung perang Israel-Palestin.

“Kami amat menyokong hak untuk membuat bantahan secara aman, namun sudah tentu kami tidak ingin menjadi saluran untuk mereka luahkan perasaan terhadap Israel kerana kami bukan Israel.

“Bagaimanapun, kami juga faham bahawa itulah hakikat yang perlu kami terima dalam keadaan sekarang,” katanya pada sesi pertemuan dengan pemberita di kediaman rasminya di sini hari ini.

Katanya, AS melihat Israel sebagai sekutu dan pada masa sama, tidak akan berdiam diri apabila penduduk Palestin dinafikan perlindungan serta hak mendapat bantuan kemanusiaan dan berikrar akan memperjuangkan hak mereka, seperti mana hak Israel mempertahankan diri.

Kagan juga berharap usaha mengisytiharkan gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tahanan perang seperti mana ditetapkan dalam resolusi terbaharu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dapat disegerakan.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama kerajaan serta polis dalam memastikan keselamatan kemudahan dan kakitangan kedutaan semasa protes, walaupun dalam keadaan yang kurang sesuai.

Tahun lalu, rakyat Malaysia mengadakan tiga protes pro-Palestin berhampiran kedutaan AS sebagai menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin dan mengutuk Israel atas pencerobohannya terhadap Gaza.

Dua protes diadakan pada Oktober, dengan kira-kira 1,500 penunjuk perasaan berarak ke kedutaan manakala satu lagi kumpulan, Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), cuba memulakan sekatan enam hari di luar kedutaan.

SSP juga bersedia untuk menganjurkan satu lagi perhimpunan pro-Palestin pada Jumaat sempena Hari Quds Antarabangsa, yang diadakan setiap tahun di serata dunia.

ia diadakan pada Jumaat terakhir Ramadan untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan membantah tindakan Israel terhadap mereka.

Kumpulan itu berkata ia menjangkakan 10,000 orang akan berarak dari bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke kedutaan AS.

-Berita Harian

Tags: boikotDuta ASprotes
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Kafir: Menteri Agama Nasihat Ikut Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

Next Post

Mangsa Sindiket Pekerjaan Yang Diselamatkan Turut Disiasat

Related Posts

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

05/08/2024
0

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada bentuk keganasan,...

Pembunuhan Nur Farah: Kebun Ubi Suspek Turut Jadi Lokasi Siasatan Polis

Protes Ragut 100 Nyawa: Perintah Berkurung Di Bangladesh, Tentera Dikerah

20/07/2024
2

GLOBAL | Kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung seluruh negara dan mengerahkan tentera susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa...

Next Post
Mangsa Sindiket Pekerjaan Yang Diselamatkan Turut Disiasat

Mangsa Sindiket Pekerjaan Yang Diselamatkan Turut Disiasat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd