• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Desak Bersumpah, Mahasiswa UIA Dibuli Penyokong Anwar

oleh AK-47
11/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Muhammad Huzaifah Shuib menimbulkan kekecohan dalam kalangan penyokong pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila mendesak Anwar bersumpah di mahkamah sekiranya benar beliau tidak pernah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Tindakannya itu mendapat perhatian penyokong Anwar yang kemudiannya bertindak liar membulinya di luar pekarangan Istana Kehakiman, di sini hari ini.

Ditanya tidakkah dia takut dengan provokasi melampau daripada penyokong Anwar, Huzaifah berkata, “Kenapa kita nak gadaikan pendirian kerana benda yang salah?

“Saya datang kerana Allah, saya tak nak tengok orang Malaysia bergaduh kerana taksub dengan mana-mana pemimpin.”

Huzaifah turut menafikan dakwaan dia dibayar oleh mana-mana pihak untuk hadir dalam perhimpunan tersebut.

Seramai kira-kira 1,000 penyokong Anwar berkumpul di luar pekarangan Mahkamah Persekutuan, hari ini bagi mendengar keputusan rayuan terakhir kes liwat Anwar terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

Mahkamah bagaimanapun telah memutuskan sebentar tadi bahawa rayuan ketua pembangkang itu ditolak sekaligus dijatuhkan hukuman bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pengumuman ini mencetuskan suasana tegang di pintu belakang Istana Kehakiman apabila penyokong Anwar mulai berkumpul beramai-ramai dan bersorak ‘Reformasi’.

IMG-20150210-WA0024

IMG-20150210-WA0029

Susulan itu, petugas keselamatan dilihat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Hukuman yang bakal diterima Anwar bakal diketahui jam 1 petang ini. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto/Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=IZbT6dumlxw

https://www.youtube.com/watch?v=UgsvPfadz7Y&feature=youtu.be

Tags: Anwar IbrahimLiwatPutrajaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd