• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liverpool Dijangka Menentang Harimau Malaya Julai Ini

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kelab tersohor Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, dijangka akan kembali beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Harimau Malaya, Julai ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah kunjungan kelab tersebut masih dalam peringkat perbincangan dan pengesahan tentang perlawanan itu akan diketahui selewat-lewatnya bulan depan.

“Untuk peminat bola sepak negara, pasukan Liverpool bercadang untukmengunjung ke Malaysia tetapi perkara ini belum dimeterai. Kami jangkakan perlawanan tersebut akan diadakan pada dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Julai ini,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ketiga bagi penggal 2014-2018 di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari ini.

Kali terakhir pasukan Liverpool beraksi di Malaysia ialah pada tahun 2011 dengan menewaskan Harimau Malaya 6-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Ivory Coast akan diketahui selewat-lewatnya Selasa ini.

“Jika perlawanan menentang Ivory Coast tidak dapat diadakan, pasukan negara akan menentang Syria. Pasukan Syria telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan di sini sekiranya pasukan Ivory Coast tidak dapat datang,” kata Hamidin.

Beliau berkata perlawanan tersebut akan diadakan pada 28 Mac ini di Stadium Ipoh, Perak. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaLiverpool
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd