• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Myanmar Cedera Parah Ditikam Rakan Senegara

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Seorang lelaki warga Myanmar mengalami kecederaan parah di perut selepas ditikam dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 3 pagi itu mangsa berusia 23 tahun sedang tidur sebelum dia diserang seorang lelaki yang dipercayai rakan serumahnya.

“Suspek yang juga rakan senegara mangsa masuk ke bilik lelaki itu dan terus menyerang dengan menikam perut mangsa menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan parah.

“Lelaki berusia lingkungan 30-an itu mengambil wang tunai sebanyak RM3,000 dan motosikal milik mangsa sebelum melarikan diri serta membiarkan rakannya dalam kesakitan,” katanya di sini hari ini.

Katanya mangsa yang bekerja sebagai buruh itu mendapatkan bantuan jiran untuk menghubungi polis dan dia dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis telah mengenal pasti suspek dan sedang giat memburunya.

Katanya suspek dipercayai bertindak menyamun rakannya bagi mendapatkan wang untuk pulang ke negara asal.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: cederatikam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anggota Tentera Darat Cedera Terkena Tembakan Ketika Latihan

Anggota Tentera Darat Cedera Terkena Tembakan Ketika Latihan

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Truper (Tpr) Muhammad Akhmal Shahrudin cedera akibat terkena tembakan ketika menjalani...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd