• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, January 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Mati Dalam Amuk Bersenjata Di Restoran Czech

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRAGUE- Seorang lelaki kurang siuman menyerbu masuk sebuah restoran di timur Czech dan menembak mati lapan orang sebelum membunuh dirinya sendiri, kata pegawai.

Menteri Dalam Negeri menolak elemen keganasan adalah motif dalam kejadian berdarah itu di restoran “Friendship” di bandar Uhersky Brod yang dilakukan lelaki berusia dalam lingkungan umur 60-an.

Selepas ketegangan di Eropah susulan serangan berdarah di Paris dan Copenhagen pada minggu lalu, pengunjung restoran yang panik menyelamatkan diri menerusi pintu belakang ketika berpuluh das tembakan dilepaskan.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kejadian ini bukanlah serangan pengganas tapi dilakukan oleh seorang yang tidak waras,” kata Menteri Dalam Negeri, Milan Chovanec dalam akaun Twitternya.

Sehubungan itu, Datuk Bandar Patrik Kuncar berkata, suspek adalah penduduk berusia 60-an, membawa dua senjata api dan melepaskan 25 das tembakan.

Polis berkata, beberapa orang mengalami kecederaan termasuk seorang wanita yang dimasukkan ke hospital dan dilaporkan kritikal kerana ditembak di bahagian dada.

Stesen televisyen tempatan, Prima berkata, suspek menelefon meja jenayah stesen itu untuk melaporkan rancangannya.

Wartawan Prima seterusnya memaklumkan ancaman itu kepada polis.

“Dia memperkenalkan diri dan memberitahu saya supaya menghantar seorang wartawan ke Uhersky Brod. Dia beritahu dia diganggu oleh ramai orang dan pegawai terbabit tidak mengambil tindakan.

“Sebab itulah dia gunakan senjata untuk mengendalikan perkara berkenaan secara sendiri,” katanya.

Kuncar pula berkata, suspek menyerbu masuk restoran pada kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan dan kira-kira 20 pelanggan di dalam restoran berkenaan. – AFP

Tags: MATI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd