• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsep Tanah Kubur Islam Pintar Diperluas Ke Negara Jiran

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konsep tanah perkuburan Islam pintar, Raudhatul Sakinah yang dibangunkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal diperluas ke negara jiran di rantau ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata konsep itu dijangka diperluas ke negara jiran yang terbabit dalam mesyuarat Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, dan Singapura (MABIM).

“Selepas fasa pertama dibangunkan di Jalan Kuala Lumpur-Karak sebelum ini, kita menerima pandangan positif daripada masyarakat sebagai penanda aras kepada umat Islam dalam mesyuarat MABIM sebelum ini.

“Fokus MAIWP mahu jadikan kawasan perkuburan bukan tempat yang menakut dan menggerunkan, sebaliknya memperlihatkan keindahan Islam menerusi kawasan kubur,” katanya kepada pemberita di sini, pagi ini.

Terdahulu, Jamil Khir merasmikan Majlis Pecah Tanah di tapak perkuburan Islam Raudhatul Sakinah yang kedua di Kampung Melayu Kepong, di sini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya.

Jamil Khir berkata, tanah perkuburan Kampung Melayu Kepong itu akan dibangunkan dengan kos lebih RM6 juta di tapak seluas 3.2 hektar yang mampu menempatkan 6,942 plot kubur.

Ia dijangka siap pada Jun depan.

Katanya, tanah perkuburan yang dikawal selia JAWI itu bakal dilengkapi sistem pangkalan data e-Pusara, selain kemudahan tempat letak kereta, gazebo (wakaf dan tempat duduk) serta kemudahan paip air dan lampu taman.

Beliau turut menyarankan Majlis Agama Islam negeri lain dapat mencontohi konsep tanah perkuburan dalam taman itu. – BHarian Online

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Thaipusam, 2 Ditahan Akta Hasutan Singapura

Next Post

WOW! Beli Sayur Dapat ‘Free Gift’ Gelang Emas..

Related Posts

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

Helikopter Terhempas: Koperal Adline Baru Kahwin

Helikopter Terhempas: Koperal Adline Baru Kahwin

12/07/2025
0

Johor Bahru: Koperal Adline Liu, 32 yang terbabit nahas helikopter yang terhempas berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah di sini, kelmarin,...

Next Post

WOW! Beli Sayur Dapat 'Free Gift' Gelang Emas..

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd