• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL Bandar Raya Ke-9 Paling Banyak Dikunjungi Pelancong

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur diberi ranking kesembilan daripada 100 bandar raya paling megah di dunia dari segi ketibaan pelancong antarabangsa oleh Monitor International dalam ranking tahunan Top City Destinations 2013.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata laporan itu menyatakan 11.2 juta pelancong antarabangsa melawat Kuala Lumpur pada 2013 dan sekali gus mencerminkan kedudukan penting Kuala Lumpur dalam pelancongan global bagi urusan perniagaan dan liburan.

“Di bawah Pelan Induk Pelancongan Kuala Lumpur 2015-2025, satu daripada langkah utama yang perlu dilaksanakan ialah memasarkan Kuala Lumpur secara terjurus serta menyediakan untuk pendukung industri dan pelancong akses lebih baik kepada maklumat tentang bandar raya ini,” katanya ketika melancarkan surat berita ‘HELLO KL’ E-Newsletter dan #IAMKL Online di sini Khamis.

Beliau berkata surat berita itu merupakan alat berguna dan berkesan untuk menyampaikan maklumat tentang perkembangan terkini berkaitan pelancongan di Kuala Lumpur sebagai sumber yang amat bernilai bagi semua pihak bertanggungjawab dalam mempromosi bandar raya ini sebagai destinasi pelancongan pilihan ramai.

“Kami menjangka boleh mencapai 15 juta ketibaan pelancong tahun ini, 10.1 juta daripadanya pelancong luar negara, 4.9 juta pelancong tempatan.

“Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjenamakan dengan berkesan Kuala Lumpur sebagai destinasi dinamik bagi pelancong, kami perlu menggunakan media digital dan memanfatkan potensinya secara menyeluruh seperti ‘Hello KL’ E-newsletter dan kempen #IAMKL ini,” katanya.

Ahmad Phesal mengalu-alukan sumbangan bahan oleh pendukung industri pelancongan kepada surat berita itu untuk tatapan kumpulan sasaran antarabangsa dan untuk membolehkan ejen perjalanan mewujudkan pakej pelancongan serta jadual perjalanan secara kreatif bagi menambah daya tarikan dan meningkatkan penampilan Kuala Lumpur dalam kalangan pelancong.

Objektif utama #IAMKL ialah mendekati khalayak antarabangsa secara cergas dan menghiburkan, sambil meningkatkan kesedaran tentang keistimewaan bandar raya ini dalam kalangan pengembara untuk menarik minat mereka berkunjung ke sini, katanya.

Beliau berkata #IAMKL menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, di samping laman sesawang rasmi kempen itu, www.iamkl.com

Mereka yang berkunjung ke Kuala Lumpur dipelawa memuat naik ‘selfies’ yang berlatar belakangkan tempat terkenal di bandar raya ini dengan hashtag #IAMKL.

Hello KL E-newsletter akan diterbitkan dua kali sebulan. Mereka yang ingin melanggan surat berita ini boleh berbuat demikian dengan mengirim emel kepada [email protected]. – BERNAMA

Tags: kuala lumpurPelancong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave

Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar mengkritik penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave dalam keadaan rakyat diminta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd