• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Pahang Mahu Jumpa 106 Pengusaha Bauksit Rabu Ini

oleh Ahmad Albab
02/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang mahu menemui kesemua 106 pengusaha bauksit di negeri ini pada Rabu bagi mencari penyelesaian berhubung isu lori membawa muatan bauksit yang mengotorkan jalan raya di sekitar kawasan pelabuhan dan perindustrian Gebeng dekat sini.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata perjumpaan itu di Kompleks Yayasan Pahang antara lain akan membincangkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengusaha berkenaan supaya masalah itu tidak berulang.

Katanya pertemuan itu akan turut disertai wakil daripada agensi penguatkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Kita sudah menghantar surat kepada semua pengusaha lombong dan terpulang kepada mereka, sama ada mahu datang atau tidak. Cuma, saya ingin memberi amaran kepada mereka, selepas ini tidak ada lagi pertemuan akan diadakan dan kita akan serahkan kepada agensi penguatkuasa mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

“Maknanya, pertemuan pada hari Rabu ini adalah peluang kepada mereka (pengusaha lombong bijih dan bauksit) untuk mendengar taklimat dan berdialog dengan agensi penguatkuasa,” katanya.

Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan sambutan 50 Tahun Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) di Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota dekat sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abdul Rahim Mohd Ali.

Mengulas lanjut, Adnan berkata sikap tidak bertimbang rasa pengusaha bauksit yang mengabaikan kebersihan jalan raya dan kesihatan masyarakat setempat turut memberi kesan buruk kepada sektor perindustrian negeri ini.

“Saya ada menerima aduan daripada sebuah syarikat yang sudah membuka kilang di kawasan perindustrian Gebeng… mereka bercadang untuk menarik balik pelaburan mereka jika masalah ini tidak diselesaikan segera.

“Kalau ini berlaku, kita akan kehilangan pelaburan bernilai jutaan ringgit dan bukan itu sahaja, bagaimana pula dengan nasib pekerja di kilang itu…ini semua kita kena ambil kira,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd