• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khutbah: Chong Eng Sudah Hilang Idea – Jakim

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan Ketua Wanita DAP, Chong Eng yang mengkritik khutbah Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung aurat wanita pada minggu lalu sengaja membangkitkan isu berkenaan kerana beliau sudah kekeringan idea.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata tindakan Chong Eng itu dilihat memberi kepentingan kepadanya dari segi politik.

“Dari segi tindakan pula, semuanya terletak di bawah negeri. Maknanya jabatan agama di setiap negeri yang mempunyai bidang kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Multaqa Imam, Jawatankuasa Masjid Guru Kafa dan Guru Takmir negeri Pahang di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohammad Noor Abdul Rani.

Chong Eng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang mengeluarkan kenyataan mengkritik JAIS yang didakwanya menyampaikan maklumat mengelirukan berhubung aurat wanita dalam khutbah Jumaat bertajuk Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.

Beliau mendakwa, penekanan JAIS mengenai aurat wanita adalah tidak tepat apabila dilihat ‘menghukum’ golongan tersebut atas kegagalan menutup aurat sehingga menyumbang kepada kes serangan seksual.

Sementara itu, Othman berkata kerajaan melalui Jakim memperuntukkan RM468.2 juta bagi melaksanakan aktiviti memakmurkan masjid dan Pendidikan Islam ke seluruh negara.

“Antaranya adalah seperti membayar elaun imam, program takmir, guru Kafa dan penyelaras pentadbiran masjid daerah,” katanya.

Menurut beliau, daripada peruntukan tersebut, pihak Jakim memperuntukkan RM39.2 juta kepada kerajaan negeri Pahang bagi membayar imbuhan imam, guru takmir dan guru Kafa.

“Semua peruntukan ini adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dan masyarakat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan setempat,” katanya. – BERNAMA

Tags: cinaJakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd