Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Penumpang China Gaduh Lagi,...

Nampaknya, ada lagi cerita pergaduhan terbaru yang dicetuskan oleh penumpang China dalam penerbangan.Jika...

AirAsia Dan MAHB Berhubung...

SEPANG - AirAsia Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah berhubung dengan...

Cuaca Panas Dijangka Berlarutan...

Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas ketika ini berlanjutan...

Akibat Curi Air Nak...

NILAI - Seorang pemilik rumah teres dua tingkat Semi-D di sini disiasat...

Ketepi Ideologi, Pemimpin Politik Kongsi Takziah Buat Nik Aziz

Walaupun berbeza pendirian, namun pemergian tokoh terkemuka PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat benar-benar mengubah landskap politikapabila kesemua pemimpin berkongsi dukacita dengan kehilangan Allahyarham.

Melalui laman sosial Twitter dan Facebook, pemimpin Putrajaya dan Pakatan Rakyat meluahkan takziah atas kehilangan sebutir permata dalam politik dan Islam.

Dalam kalangan pemimpin kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak mendahului penghormatan apabila memberhentikan ucapannya seketika dan memohon hadirin menghadiahkan ‘Al-Fatihah buat Allahyarham, semalam.

Timbalan Perdana Menteri turut membuat ucapan dengan menulis di laman Twitternya, “Saya dengan penuh rasa dukacita mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Nik Aziz. Moga roh beliau ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh.”

[BACA INI: PM Berhenti Berucap, Sedekah Al-Fatihah Untuk Nik Aziz]

Selain itu, barisan menteri kabinet menzahirkan ucapan takziah melalui medium media sosial, antaranya, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Untitled (3) Untitled (4) Untitled (5)

Selain itu, barisan pemimpin pembangkang turut menzahirkan ucapan takziah menerusi medium sama, antaranya Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Untitled (2)


Melalui portal Astro Awani, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua turut meluahkan ucapan simpatinya dan menyifatkan Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin yang berpandangan jauh.

“Saya ingin sampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani dan dihormati oleh semua kaum kerana hujah-hujah beliau dapat mengangkat politik perkauman sehingga dapat melangkaui pertelingkahan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menunjukkan nilai-nilai agama Islam adalah konsep universal yang akan membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.”

B9sQISWCAAEv_5T

Hari ini (Jumaat) jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, bersebelahan pusara bapanya.

Puluhan ribu individu hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah, antaranya Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Hadi Awang, Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Hadi turut dilihat sebagai salah seorang individu yang menurunkan jenazah Nik Abdul Aziz ke dalam liang lahad. Al-Fatihah Allahyarham. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori