• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerusi Permatang Pauh Dibincang Kemudian – Guan Eng

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perbincangan mengenai kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kosong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan diumum dan diuruskan selepas ini, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Kekosongan kerusi Parlimen tersebut berlaku ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Semua kita uruskan kemudian. Hari ini ialah hari penghakiman. Satu persatulah.

“Yang penting kita rasa sangat hampa dan dukacita dengan keputusan ini,” katanya kepada pemberita selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pakatan akan memastikan kesedihan yang dihadapi ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memihak kepada Anwar hari ini ditebus dengan menguatkan pakatan pembangkang.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli berkata persoalan bagaimana hendak menggerakkan Pakatan Rakyat akan dibincangkan dalam mesyuarat malam ini.

“Saya tidak mahu mendahului keputusan mesyuarat. Biar perkara ini dibincang,” jelasnya.

Ditanya di mana mesyuarat berkenaan akan diadakan, Mohd Hatta menjawab: “Di Petaling Jaya.”

Anwar hari ini gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh.

Suruhanjaya Pilihan Raya dilaporkan akan mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam tempoh 10 hari dari tarikh kekosongan kerusi berkenaan. – BERNAMA

Tags: DAPLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan program jualan daging babi secara besar-besaran akan diteruskan walaupun terdapat bantahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd