• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Warta 23 Pertubuhan Kongsi Gelap

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan sebanyak 23 pertubuhan di negara ini sebagai pertubuhan kongsi gelap yang diharamkan di Malaysia mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Pertubuhan itu adalah Geng 3821, Geng Ngo Sek Kee, Geng Gee Hor Sia, Geng Chong Woh, Geng Gee Long San, Geng Gee It Leng, Geng Gee Hon San, Geng Guat Sam Sia, Geng It Tiam Ang, Geng Lian Heng Siah, Geng Ang Mor Low, Geng Sio Or Leng dan Geng Loong Foo Thong.

Turut diwartakan sebagai kongsi gelap adalah Geng 969 (Kow Lak Kow), Geng 32 Sar Jee, Geng Chaun San, Geng Fong Hong San, Geng Jin Jee Tong, Geng Gee Lam Kok, Geng Hong Fah, Knight Right Keepers@Kappa Rho Kappa, Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).

“Pertubuhan ini menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian, mencuri kereta mewah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap dan melakukan huru-hara.

“Terdapat kes penyeludupan serta turut memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa kepada kumpulan penculik dari Bahagian Selatan Filipina seperti kumpulan ‘Knight Of Right Keepers’ @ ‘Kappa Rho Kappa’ (KRK) dan sebagainya,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru kata KDN, tiada mana-mana pihak boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap terbabit sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7 (3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

Tambah kenyataan itu, tiada mana-mana pihak boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap terbabit.

“Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap itu akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. Sebagai contoh, Seksyen 6 (2) dan 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan,” tegas KDN.

Sehubungan itu, KDN menyeru masyarakat memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan membanteras jenayah dan pertubuhan kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang demi ketenteraman awam. – mynewshub.cc

Tags: KDNKongsi Gelap
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd