• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Menteri Pertanian Jejas Hubungan Kaum – PKR

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memburukkan lagi hubungan kaum di negara ini.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa, kenyataan itu juga satu kedangkalan dalam usaha menangani tempias kegawatan ekonomi.

“Soal kawalan harga barang dan ekonomi domestik sepatutnya ditangani dengan melihat struktur kos dan sistem kawalan harga barang.

“Bukan dengan hanya mengeluarkan kenyataan memboikot perniagaan antara kaum,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Syed Ibrahim meminta Ismail Sabri supaya membuat kenyataan berasaskan prinsip keadilan untuk semua, saling menghormati dan menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini bagaimanapun berkata, tiada sebab untuk beliau memohon maaf berhubung kenyataan menggesa pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

Beliau memberitahu telah menjelaskan dalam tulisan lain di Facebooknya bahawa tindakan sama harus diambil terhadap peniaga Melayu dan India yang bersikap sama. – mynewshub.cc

Tags: PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd