• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemalangan Portal Semantan: MRT Tunggu Laporan Bedah Siasat

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) masih menunggu laporan bedah siasat berhubung punca kematian seorang pekerja warga Bangladesh dalam kemalangan di tapak pembinaan MRT di Portal Semantan, di laluan Jalan Duta pada Jumaat.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awamnya Amir Mahmood Razak berkata bedah siasat terhadap mayat Rijaul Abdul Goni, 40, yang maut di tempat kejadian dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan siap lewat petang Jumaat.

“Laporan bedah siasat itu masih belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Amir menafikan laporan media bahawa badan Rijauli hancur dalam kemalangan itu dan menurutnya laporan awal menyatakan badannya dalam keadaan baik.

“Syarikat kami sedang membuat persiapan untuk menghantar jenazah Rijaul pulang ke negaranya pada Isnin,” katanya dan menurutnya syarikat telah menghubungi Suruhanjaya Tinggi Bangladesh berhubung perkara itu.

Dalam kemalangan itu, tiga pekerja Bangladesh sedang memasang kerangka besi tetulang di tapak V4 Portal Semantan pada 1.20 tengah hari semalam apabila ikatan antara besi tersebut dan kerangka terputus dan menghempap pekerja berkenaan.

Sementara seorang lagi pekerja, Shanaullah yang dihantar ke HKL kerana mengalami kecederaan di muka dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas surgeri dilakukan pada hidungnya manakala seorang lagi pekerja Rozlu Karim tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Amir berkata syarikat merakamkan takziah dan rasa kesal dengan kejadian itu kepada keluarga pekerja berkenaan berhubung kejadian malang itu.

Katanya MRT Corp bersama-sama pihak berkuasa relevan sedang menjalankan siasatan untuk menentukan punca kejadian itu. – BERNAMA

Tags: MRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd