• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Putus Caj Baharu Korek Pasir Pertengahan Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kadar baharu caj deposit yang dikenakan terhadap pengusaha pasir di Kedah akan diputuskan selewat-selewatnya pertengahan tahun ini, kata Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri Datuk Badrol Hisham Hashim.

Katanya, pemilik premis dan operator aktiviti pengorekkan pasir perlu menghadiri kursus Ahad ini bagi membincangkan beberapa isu berkaitan aktiviti pengorekan pasir di negeri ini.

“Kursus itu akan memperhalusi garis panduan dan pandangan pihak kerajaan tentang operasi pengorekkan pasir di Kedah,” katanya kepada pemberita hari ini selepas menerima lawatan rombongan kakitangan Jabatan Bekalan Air negeri Terengganu ke Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa ini caj deposit yang dikenakan terhadap operator masih berpandukan kepada kadar lama dan ia dikatakan tidak lagi relevan dengan keadaaan semasa.

“Contohnya, apabila operasi korek pasir dijalankan, jalan-jalan rosak dan pada waktu ini kita hanya caj RM40,000 tetapi jalan itu bernilai jutaan ringgit. Jadi ia tidak begitu adil, kita akan tengok balik,” katanya.

Januari lepas, kerajaan negeri membuat keputusan tidak akan mengeluarkan lesen aktiviti mengorek pasir tahun ini kerana ia memberi kesan terhadap tebing sungai yang semakin terhakis serta merosakkan ekosistem alam semula jadi.

Jelas Badrol Hisham, Sungai Muda merupakan kawasan tumpuan pengusaha pasir dan pihaknya akan turut mempertimbangkan caj kepada pengusaha pasir yang membawa pasir dari Kedah ke negeri lain.

“Tak adillah sebab pembangunan dibawa ke negeri lain, pasir daripada Kedah antara pasir rebutan berikutan kualitinya. Ketika ini pembangunan pesat, dan permintaan pasir tinggi,” katanya.

Mengenai lawatan hari ini, beliau berkata, delegasi 15 orang dari Jabatan Bekalan Air Terengganu itu diketuai Timbalan Pengerusi I Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Terengganu Mohd Iskandar Jaafar.

Lawatan itu bertujuan berkongsi maklumat mengenai peranan LSANK dalam mengawal selia air serta pengurusan sumber air, katanya.

“Hasil maklumat yang diperoleh akan digunakan bagi membentuk Enakmen Air Terengganu yang boleh dikuatkuasakan terhadap penggunaan sumber air di negeri itu,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Dakwa Cadangan Ladang Babi Moden Kerana Melibatkan Kepentingan Awam

Pemimpin DAP Dakwa Cadangan Ladang Babi Moden Kerana Melibatkan Kepentingan Awam

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menyifatkan kecaman pelbagai pihak terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri...

‘Kantoi’ Onani Depan Wanita, Lelaki 55 Tahun Ditahan Polis

‘Kantoi’ Onani Depan Wanita, Lelaki 55 Tahun Ditahan Polis

24/04/2026
0

GERIK – Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan polis selepas tindakannya melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dengan beronani di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd