• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Tidak Saman Pemandu Merokok Dalam Kenderaan Persendirian

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mengeluarkan saman ke atas pemandu kenderaan persendirian yang merokok ketika memandu, tetapi saman boleh dikenakan terhadap pemandu kenderaan awam dan pelancongan yang melakukan perbuatan itu.

Beberapa blog dan pengguna media sosial sebelum ini mendakwa JPJ mengeluarkan saman ke atas seorang pemandu kereta dengan catatan kesalahan ‘Menghisap rokok semasa memandu’ bertarikh 27 Jan 2015.

Sebagai melahirkan rasa tidak puas hati, beberapa pengguna media sosial telah memaparkan gambar pegawai penguatkuasa JPJ merokok ketika memandu kenderaan agensi berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam JPJ Mohamad Sazali Baharudin berkata JPJ hanya mempunyai kuasa mengeluarkan saman ke atas pemandu yang merokok ketika memandu kenderaan awam dan kenderaan pelancongan seperti yang terdapat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Katanya, JPJ tidak pernah mengeluarkan sebarang saman ke atas kesalahan merokok ketika memandu kenderaan persendirian dan saman yang menjadi viral dalam media sosial tersebut mungkin dikeluarkan oleh agensi penguatkuasa lain.

“Kita telah melakukan semakan ke atas saman yang disiarkan dalam laman sosial dan mendapati bahawa anggota penguatkuasa JPJ tidak pernah mengeluarkan saman tersebut seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggung jawab,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Mohamad Sazali berkata setiap kesalahan merokok di dalam kenderaan awam boleh dikompaun tidak melebihi RM5,000, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun. – BERNAMA

Tags: JPJsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd