• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Johor Keluar 1,509 Saman Dalam Ops Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 1,509 saman melalui Ops Tahun Baharu Cina yang dilancarkan sejak 12 Feb lalu sehingga semalam.

Pengarahnya Johari Yusof berkata 226 saman dikeluarkan terhadap pengguna motosikal, kereta (136 saman) dan lain-lain kesalahan membabitkan kenderaan lain seperti bas dan lori (1,147 saman).

“Kita menekankan kepada tujuh kesalahan sepanjang ops ini iaitu gagal patuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai topi keledar dan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Ops ini akan berakhir pada 27 Feb ini dan kita memberi ingatan kepada pengguna jalan raya, sepanjang waktu itu pegawai JPJ kita akan berada di mana-mana,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Terminal Bas Bentayan sempena ops berkenaan di sini, Isnin malam.

Johari berkata pihaknya akan menumpukan di 16 lokasi yang sering berlakunya kemalangan di negeri ini dengan mengadakan penguatkuasaan statik selain di stesen penguat kuasa jabatan itu.

Johari berkata JPJ juga mengadakan Ops Motosikal yang menumpukan 56 lokasi di negeri ini bermula 14 Feb lalu sehingga 22 Feb ini.

“60 peratus penyumbang kepada kemalangan keseluruhan sebelum ini adalah daripada motosikal,” katanya.

Sementara itu Johari berkata sepanjang ops berkenaan, enam depoh syarikat bas ekspres di seluruh Johor akan dikunjungi pegawai jabatan itu bagi memeriksa tahap keselamatan bas yang akan digunakan sepanjang perayaan tersebut.

Beliau berkata 65 bas diperiksa dengan dua daripadanya tidak dibenarkan meneruskan perjalanan kerana keadaan bas yang tidak selamat. – BERNAMA

Tags: JPJsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd