• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim Lantik TPM Biotech Sebagai Makmal Panel Halal

oleh Ahmad Albab
04/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – TPM Biotech Sdn Bhd dilantik sebagai makmal panel halal pertama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mempercepatkan proses pengesahan dan pensijilan Halal Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata langkah di bawah Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) itu diambil memandangkan kerancakan industri halal di negara ini memerlukan proses pensijilan yang pantas.

“Pihak industri kini ada pilihan untuk mendapatkan khidmat Jabatan Kimia tanpa bayaran tetapi mengambil masa 30 hari, atau makmal panel yang mengenakan caj mengikut parameter analisis dan keputusan boleh diperoleh dalam tempoh 15 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman pelantikan TPM Biotech sebagai makmal panel halal Jakim, di sini, hari ini.

Menurutnya, selain TPM Biotech, terdapat tiga lagi makmal yang berkelayakan untuk dipertimbangkan sebagai makmal panel halal iaitu Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia; Unipeq Sdn Bhd, Universiti Kebangsaan Malaysia; dan Melaka Biotechnology Corporation.

Jamil Khir berkata pemilihan TPM Biotech adalah berdasarkan kepada syarat dan terma yang ditetapkan oleh Jakim dengan memperoleh akreditasi daripada Standards Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia dan mempunyai Jawatankuasa Halal Dalaman serta mengaplikasikan prosedur sertu.

Menurutnya tempoh lantikan makmal itu adalah selama setahun dan pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh lantikan.

“Pengiktirafan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

Tambahnya, perkhidmatan analisis yang ditawarkan TPM Biotech adalah khusus untuk analisis ‘DNA Extraction Based on DNeasy Blood and Tissue Kit’ (Qiagen) dan ‘Identification of Porcine Specific DNA Sequence using PCR’.

Sementara itu, katanya Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC) dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun ini. – BERNAMA

Tags: Jakim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd