Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Unit Bina Puri Dapat...

KUALA LUMPUR - BP Energy Sdn Bhd (BPHB), unit Bina Puri Holdings Bhd,...

GAMBAR: Ngeri.. Langgar Sampai...

Seorang lelaki yang dipercayai sedang mabuk menerima padah apabila maut sehingga putus kepala...

Suasana Pilu Sambut Jenazah...

IPOH - Suasana pilu menyelubungi sekitar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di...

Pemandu Teksi Rompak Buruh...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Jackie Chan Dapat ‘Datuk’ Sebab Police Story 3 – Tengku Adnan

DI SAAT ramai mempersoalkan kewajaran pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) diberikan kepada Jackie Chan pada Ahad sehingga membawa gelaran ‘Datuk’, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor punyai alasan tersendiri untuk membela pelakon antarabangsa itu.

Menerusi kenyataan di akaun Twitter, beliau menyatakan pelakon aksi ngeri terkenal antarabangsa itu telah banyak membantu mempromosikan Malaysia terutama melalui filem popularnya tahun 1992, Police Story 3.

jackie_chan_datukship_screencap_20150201_840_538_100 (1)

Pada masa sama, beliau juga yakin Malaysia merupakan negara yang cukup dekat di hati Jackie Chan.

Jackie Chan Dapat 'Datuk' Kerana 'Police Story 3' - Tengku Adnan

Jackie Chan Dapat 'Datuk' Kerana 'Police Story 3' - Tengku Adnan

Sejujurnya, kami sendiri kurang pasti sama ada alasan tersebut dapat menjawab persoalan yang bermain di hati rakyat Malaysia.

Disyor Baca: “Gelaran ‘Datuk’ Kepada Jackie Chan Tak Bermakna”


Jika diselidiki, bukan Jackie Chan sahaja yang pernah membantu mempromosikan Malaysia di mata dunia menerusi filem tetapi juga pelakon Hollywood seperti Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones menerusi filem Entrapment pada tahun 1999.

Menara Berkembar Petronas yang juga mercu tanda utama negara telah menjadi lokasi utama untuk babak paling penting filem tersebut selain stesen LRT Pudu.

Jackie Chan Dapat 'Datuk' Kerana 'Police Story 3' - Tengku Adnan

Jackie Chan Dapat 'Datuk' Kerana 'Police Story 3' - Tengku Adnan

Adakah ini bermakna Sean Connery dan Catherine Zeta Jones juga layak menerima gelaran ‘Datuk’? -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=eLT8_eZBXGI

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori