• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Bagi Keterangan Polis Lepas Jokowi ‘Balik’

oleh Ahmad Albab
08/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kesediaan memberi keterangan kepada polis minggu depan berhubung isu kenyataannya mahukan pengguna memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga barangan.

Bagaimanapun, tarikhnya belum ditetapkan lagi.

“Saya sudah bagi tahu kepada polis, selepas kunjungan Jokowi (Presiden Indonesia Joko Widodo) saya ada waktu.

“Mungkin minggu depan lapang lah sikit…hari apa saya tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Turun Harga Pasar Tani di sini, hari ini.

Isnin lepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan dalam akaun twitternya bahawa polis akan memanggil Ismail Sabri untuk mengambil keterangan berhubung isu itu.

Sebelum ini, status yang dimuat naik Ismail Sabri di laman Facebooknya pada 1 Feb yang menggesa pengguna untuk menggunakan kuasa, memboikot perniagaan yang dijalankan secara tamak yang enggan menurunkan harga barangan walaupun harga bahan api sudah turun, telah mencetuskan reaksi kurang senang pihak tertentu.

Bagaimanapun, menteri itu tampil membuat penjelasan bahawa tujuan kenyataan itu dibuat untuk meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan dan tidak ditujukan kepada kaum tertentu. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd