Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kamalanatahan Rasmi SJKT Ke-524...

KULIM - Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Paya Besar di sini, Sekolah Jenis Kebangsaan...

Menara Kediaman Tertinggi Di...

DUBAI - Salah satu menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch terbakar di...

Persidangan Dewan Rakyat Ditangguh...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 19...

4 Jenama Pelopor Pakaian...

MINGGU lalu, jenama sukan terkenal dunia Nike telah memperkenalkan hijab yang diberi nama “Nike...

Harga Barang Perlu Turun Seiring Harga Minyak – Najib

RENTETAN kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin, banyak media terutama mewakili lidah pembangkang didapati memukul canang kononnya ujaran tersebut mengandungi elemen rasis.

Mungkin kerana terang-terangan menggunakan terma ‘Cina’ dalam frasa ayatnya, Ismail dihentam akhbar Cina, pihak pembangkang khususnya DAP dan tak terkecuali, pemimpin parti komponen pro-kerajaan seperti MCA dan Gerakan.

[BERKAITAN: Ismail Sabri Mengaku Suruh Boikot Peniaga Cina Tamak]

Bagaimanapun jika diamati kenyataan tersebut sebenarnya cuma satu gesaan agar harga barangan diturunkan peniaga tamak, sementelah harga minyak telah diturunkan kerajaan, dan pelaksanaan gesaan Ismail itu bakal memberikan faedah kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan Cina.

Jika diimbas kembali, ketika harga minyak mencecah paras tinggi para peniaga menggunakan alasan tersebut untuk turut sama mencanakkan harga barangan kononnya bagi menampung kos pengangkutan, kos bahan bakar…dan macam-macam lagilah!

nj-gasjpg-a3be674e3f8602aa

Namun apabila harga minyak mula diturunkan penghujung tahun lalu, harga ditawarkan kebanyakan peniaga tetap statik dan tidak berubah! Kan tak adil dan tamak namanya tu…

Semalam, menerusi laman Facebook rasmi berbahasa Mandarin, Ah Jib Gor iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut membuat penjelasan tentang rasional penurunan harga barang yang patut dibuat seiring dengan penurunan harga minyak.

Dalam entri tersebut, Najib berkata, inisiatif kerajaan untuk menurunkan harga minyak sepatutnya diikut oleh para usahawan domestik untuk menurunkan harga produk mereka, sementelah perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelang 19 dan 20 Februari depan.

Untitled.jpg 1

“Akhir-akhir ini harga minyak domestik jatuh ke paras terendah semenjak sepuluh tahun lalu, justeru kerajaan memohon agar perniagaan domestik turut mengikut langkah untuk mengurangkan harga jualan.

Perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelang, dan jika penurunan harga barang dilakukan, ia mampu menjana hasil jualan yang lebih tinggi.

Kerajaan akan memantau harga barang domestik agar kepentingan pengguna dapat dibela dan pengguna perlu menjadi bijak dengan mengelak membeli barangan yang ditawarkan pada harga tidak munasabah.”

Isu ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.


Dalam kenyataan menerusi Facebook, pandangan Khairy senada dengan Najib iaitu memulaukan barangan yang ditawarkan pada harga tak masuk akal.

Untitled.jpg 1 (1)

“Isu pokok adalah kuasa pengguna. Dalam keadaan harga minyak menurun, pengguna harus memainkan peranan untuk menekan peniaga untuk turun harga barang.

Kalau ada kedai yang jual barang pada harga yang tidak berpatutan, pulau sahaja. Kalau terlalu tinggi, lapor pada KPDNKK dan mereka boleh menguatkuasakan Akta Pencatutan (Anti-Profiteering Act).”

Selain itu, Khairy menegaskan, kuasa pengguna merupakan cara paling efektif untuk mengatasi masalah harga barang yang tinggi.

“Pengguna perlu sertai kumpulan dan aktivis kepengunaan. Produk yang meletakkan harga melampau perlu dipaparkan dalam media sosial…”

Namun demikian yang menjadi tanda-tanya sekarang, mana suara-suara lantang pemimpin pembangkang seperti Rafizi Ramli dalam isu seperti ini?

Tak lama dahulu, beliau dilihat vokal dalam menyatakan pendapat dan menggesa kerajaan menurunkan harga bahan bakar, sehinggakan merancang satu protes jika harga minyak tidak berkurang menjelang 1 Januari 2015.

Tetapi, suara-suara tersebut kini sepi di saat kerajaan berusaha menurunkan harga barang yang tinggi di pasaran.

Adakah golangan tersebut ‘diam’ kerana ia melibatkan kepentingan seteru mereka? Fikir-fikirkanlah. -MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – Cabaran Dalam Mengawal Harga Barang

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori