Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PAS Sengaja Perlekeh Gelaran...

TUMPAT - Tindakan PAS memperlekehkan gelaran ustaz pada Mat Razi Mat Ail disifatkan...

KAFA Ancam Tarik Diri...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengancam menarik diri daripada naungan...

Mangsa Gas Klorin Dilaporkan...

MELAKA - Sebanyak 40 mangsa kebocoran gas klorin di Kampung Tambak Paya di...

TH Tidak Bertanggungjawab Uruskan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) tidak bertanggungjawab menguruskan visa Furada kerana...

Walau Disekat SKMM Web Porno Masih Boleh Je Diakses..

TIDAK dinafikan ramai pengguna Internet di Malaysia sememangnya kaki muat turun (download) pelbagai jenis movie, lagu dan aplikasi menggunakan beberapa laman perkongsian fail terkemuka.

Namun pada tahun 2011, pihak SKMM telah mula menyekat beberapa laman perkongsian hos fail popular seperti Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo dan banyak lagi.

Malah melalui satu surat rasmi, SKMM telah meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses ke lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular.

skmm-01 wm

Pelepasan akses ke laman tersebut terpaksa dihalang kerana ianya terlibat dalam perkongsian fail-fail berhak-cipta dan melanggar akta hakcipta tempatan.

Secara peribadi, kami melihat tindakan ini lebih banyak kebaikan daripada keburukan apatah lagi ia melanggar undang-undang dan menganiaya pihak tertentu apabila hakcipta milik mereka dicabul.

Bagaimanapun sekatan akses pada 2011, semakin longgar bersama masa apabila beberapa laman perkongsian ini, sesetengahnya sudah boleh diakses kini.

download

Disember tahun lepas, laman pornografi popular redtube.com telah disekat dan jika cuba-cuba dibuka maka terpampang tulisan di screen berbunyi, “Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara.”


skmm

Sekatan di Redtube ini menyedihkan sesetengah orang tetapi bagi segelintir yang lain, mereka tak terkesan langsung kerana mengetahui ‘cara tertentu’ untuk memasuki laman lucah yang telah disekat SKMM ini, begitu juga laman-laman lucah lain secara bebas.

bypass
Google je, dah jumpa cara…

Secara tak langsung ini antara bukti menunjukkan kelemahan sistem yang digunakan oleh para pembekal Internet di Malaysia, malah terdapat kes penggodam dan penceroboh dengan mudah dapat mengacau laman web milik kerajaan.

Justeru, pihak berkuasa yang terlibat harus membuka mata bahawa langkah keselamatan siber di negara ini perlu dipertingkatkan kerana dibimbangi, maklumat penting negara bocor tanpa disedari dek kerana kelemahan seperti ini.

Walaupun antara solusi bagi permasalahan ini mungkin mendatangkan keuntungan kepada syarikat pembekal firewall dan keselamatan IT, tetapi dari segi kualiti tahap keselamatan maklumat dan kerahsiaan kerajaan, ia pasti membawa impak positif kepada rakyat dan kerajaan Malaysia. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

https://www.youtube.com/watch?v=b2PkIxGvpas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori