• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Tahan 163 Pati Dalam Serbuan Di Tapak Pembinaan

oleh Ahmad Albab
02/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Jabatan Imigresen Johor menahan 163 pendatang asing tanpa izin dalam satu serbuan di tapak pembinaan di Jalan Tebrau/Jalan Setanggi, Kampung Setanggi, Plentong, di sini, awal hari ini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Johor Gajendra Bahadur berkata serbuan menerusi ‘Ops Sapu’ itu bermula pada 1.30 pagi dan tamat kira-kira dua jam kemudian.

Beliau berkata operasi itu disertai agensi berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) Johor.

“Seramai 350 warga asing diperiksa, namun 163 orang daripadanya ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Akta Pasport 1966,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daripada 163 orang itu, seramai 152 membabitkan lelaki dan 11 wanita yang terdiri 45 warganegara Indonesia, Bangladesh (64), Pakistan (6), Myanmar (35), Vietnam (7) dan Nepal (6).

Kesemua yang ditahan itu dibawa ke Lokap Bahagian Penguatkuasa ImigresenJohor di Setia Tropika di sini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd