• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Trauma Ditampar Ibu Murid Depan Bilik Guru

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Seorang guru sekolah vernakular, L. Vanitha berusia 37 tahun di Sungai Bakap dekat sini berada dalam keadaan trauma selepas dia ditampar di pipi sebelah kiri oleh ibu salah seorang pelajarnya.

Ketika kejadian, mangsa yang tinggal di Taman Berjaya di sini berada dalam bilik guru sebelum guru penyelia petang memaklumkan kepadanya bahawa ibu kepada seorang pelajarnya ingin berjumpa dengannya pada hari Isnin pukul 5.15 petang.

Sebaik sahaja mangsa keluar daripada bilik guru, terdapat empat orang individu termasuk seorang pelajar berusia 9 tahun, dua wanita yang mana salah seorang daripadanya adalah ibu serta ayah kepada pelajar berkenaan.

Wanita berkenaan beberapa kali bertanya kepada anak lelakinya sama ada wanita tersebut merupakan gurunya.

Sebaik sahaja anaknya mengesahkan Vanitha merupakan gurunya, ibu pelajar berkenaan segera menampar pipi mangsa.

Guru penyelia petang yang berada berhampiran dengan tempat kejadian telah memarahi wanita berkenaan kerana bersikap biadap terhadap guru malang itu, sebelum wanita berkenaan mengatakan sesuatu dalam bahasa Cina.

Guru penyelia petang yang enggan dikenali itu memaklumkan keluarga pelajar berkenaan mendakwa guru tersebut telah mencubit anak lelakinya.

Berikutan insiden tersebut mangsa telah membuat laporan di balai polis Nibong Tebal pada pukul 6.40 petang Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Supritendan Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa.

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja dan jika didapati bersalah tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bapa mangsa, V. Loganathan, 82, yang juga bekas guru berkata dia sungguh terkejut dengan kejadian berkenaan.

Dia berkata ibu kepada pelajar berkenaan sepatutnya berbincang dengan cara yang baik ketika bertemu dengan anak perempuannya.

“Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya wanita berkenaan didapati bersalah,” katanya.

Loganathan berkata anak perempuannya telah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap pada hari kejadian.

Pada Jumaat, mangsa sekali lagi mendapatkan rawatan lanjut kali ini di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang. – mStar Online

Tags: Guru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah

Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah

03/04/2026
0

KULIM – Seorang guru lelaki berusia 55 tahun berdepan detik cemas apabila kereta yang baru diparkirnya secara tiba-tiba mengundur sendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd