Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Trafik Bergerak Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) dari kedua-dua arah...

Gani Patail Jelaskan Akaun...

BERHUBUNG dengan siasatan pasukan khas tentang isu sebahagian dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang...

Roti Canai Berwarna Hijau,...

SELAIN nasi lemak, roti canai antara juadah sarapan pagi paling popular yang mendapat tempat...

Nombor Telefon Istimewa Dengan...

DUBAI - Syarikat Gabungan Telekomunikasi Emiriah atau DU menjual nombor telefon bimbit istimewa...

Hospital Baharu Sri Aman Dibina Tahun Ini

KUCHING – Kerja-kerja membina struktur sebenar Hospital baharu Sri Aman akan bermula tahun ini selepas siap fasa satu membabitkan kerja-kerja menimbus tanah dan penyediaan tapak.

Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil berkata, projek bernilai RM200 juta yang disifatkan sebagai “tenat” oleh pembangkang sedang menjalani proses tender bagi mendapatkan kontraktor untuk pelaksanaan struktur sebenar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan upacara pecah tanah, Jumaat ini.

Menurut Dr Jerip, projek membabitkan fasa satu bernilai RM9 juta manakala Fasa Dua membabitkan reka bentuk dan pembinaan struktur.


Beliau berkata apabila siap, hospital baharu itu akan mempunyai lebih 100 katil dan kemudahan moden menggantikan hospital sekarang yang telah beroperasi sejak 1959.

“Pembinaan hospital baharu itu adalah bagi memenuhi permintaan penduduk Sri Aman untuk menggantikan hospital masa kini yang tidak lagi mampu menampung permintaan sekarang,” kata Dr Jerip kepada Bernama, hari ini.

Projek itu adalah antara projek yang diumumkan bagi Sarawak semasa Perdana Menteri melakukan tinjauan mesra semasa pilihan raya negeri Sarawak pada 2011. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori