PELAKON Hairi Safwan menyatakan keterujaan untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan isteri, Fara Afiza.
Menurutnya, kandungan isterinya sudah pun berusia enam bulan dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Hairi juga seperti mana para suami yang lain yang akan cuba melayani sahaja apa-apa makanan yang diidamkan sang isteri tatkala dirinya sedang berbadan dua.
“Saya tak tahu sifat ibu mengandung macam aman, jadi saya lebih suka merujuk pada keluarga Biasanya, saya akan layankan apa saja kehendak isteri terutamanya jika ia membabitkan makanan,” katanya memetik Sinar Harian.
Walaupun berharap menimang cahaya mata kembar, namun Hairi tak kisah sekiranya impiannya itu tidak kesampaian sebaliknya mendoakan agar isteri dan anaknya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sihat.
“Ketika melakukan imbasan hari itu, kami masih tidak nampak jantinanya. Kalau ikutkan saya, saya mahukan sepasang anak kembar. Tapi, tak kisahlah, asalkan bayi ini nanti dapat menggembirakan kami dan kedua-dua belah keluarga kami,” katanya.
Tahniah in advance diucapkan buat Hairi dan isteri, semoga kelahiran putera atau puteri sulung ini akan lebih menguatkan ikatan kasih sayang di antara mereka suami isteri. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=hRfGexf2sYs