• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Dipenjara Kerana Miliki 4,393 Imej Lucah Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG guru geografi dihukum penjara selepas mengaku bersalah memiliki 4,393 imej lucah membabitkan kanak-kanak semuda dua tahun.

Bapa kepada tiga anak itu, Stuart Robert Rees, 51 menulis kepada hakim untuk memperjelaskan tentang tingkah lakunya bahawa kesemua bahan itu dijadikan sebagai ‘pemuas nafsu’ buat dirinya.

Di mahkamah Merthyr Tydfil Crown pada Isnin, dia mengaku bersalah di atas tiga tuduhan kerana memiliki gambar-gambar lucah kanak-kanak, dan salah satunya merupakan sekeping gambar kanak-kanak untuk tujuan pengedaran.

Memetik laporan Wales Online, guru berkenaan turut disabitkan hukuman di atas tuduhan kerana memiliki imej tidak senonoh, lima imej perlakuan lucah dan tiga imej yang melampau.

Bagaimanapun tiada satu imej pun dikaitkan dengan pelajar di Sekolah Tinggi Gwernyfed, dekat Brecon di Mid Wales.

Rees bertugas sebagai ketua penolong di bahagian geografi sekolah itu.

Pendakwa, Sarah Waters berkata, polis menemui kelengkapan komputer yang mengandungi beribu-ribu imej lucah dalam satu pemeriksaan di kediaman guru itu pada 18 Jun 2013.

Terdapat 887 imej dalam kategori A iaitu kategori yang paling serius, 997 imej dalam kategori B yang turut membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia antara dua dan empat tahun, manakala 2,509 imej pada kategori C.

Rees dipenjarakan selama 16 bulan dan perlu mematuhi Perintah Pencegahan Kesalahan Seksual selama 10 tahun yang memerintahkan supaya penggunaan internetnya dihadkan. - MIRROR.CO.UK

Tags: Guru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd