• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Kompaun RM15,000 Mulai 1 Mac Jika Ingkar Daftar

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Syarikat yang masih enggan mendaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bakal berdepan kompaun RM15,000 dan didaftar secara paksaan bermula 1 Mac ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, tindakan itu bagi memastikan semua syarikat yang layak mendaftar di bawah GST segera melakukannya sebelum 28 Februari ini bagi mengelak dikenakan kompaun.

Katanya, Kementerian Kewangan melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengenal pasti kira-kira 50,000 syarikat yang masih belum berdaftar di bawah GST.

“Kita tidak akan melanjutkan tempoh itu kerana kita telah lama bertolak ansur dan memberi masa lanjutan sehingga akhir Februari ini.

“Adalah tidak adil kepada lebih 300,000 syarikat yang telah mendaftar sebelum 31 Disember lepas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penerangan bajet dan GST di sini, hari ini.

Beliau berkata, notis peringatan juga telah dikeluarkan untuk diagihkan kepada syarikat terlibat dan tiada alasan untuk mereka mengelak.

Katanya, sehingga semalam, sebanyak 315,015 syarikat telah berdaftar di bawah GST.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan peniaga agar tidak menjadikan pelaksanaan GST pada 1 April ini untuk menaikkan harga barangan sesuka hati.

Katanya, tindakan itu tidak berasas kerana kira-kira 56 peratus daripada 900 barangan akan mengalami penurunan harga selepas pelaksanaan GST.

“Kita berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meneruskan pemantauan berhubung isu kenaikan harga barang dan membuat tangkapan terhadap peniaga yang cuba mengambil kesempatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd