• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Pukau & Samun Di P.Pinang Tumpas – Polis

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan geng pukau dan samun berikutan penahanan tiga rakyat Indonesia termasuk seorang wanita di Jalan Bharu, Balik Pulau dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mazlan Kesah berkata tiga rakyat Indonesia berusia 40-an itu ditahan pada 29 Jan lepas susulan aduan yang diterima polis daripada dua lelaki mendakwa seorang warga emas dilarikan.

Beliau berkata dua penduduk Jalan Bharu itu ternampak sebuah kereta melarikan seorang warga emas di hentian bas di kawasan itu dan mereka memaklumkan kejadian itu kepada polis di Balai Polis Sungai Korok.

“Sebaik dimaklumkan pada pukul 11 pagi, Ibu Pejabat Polis Daerah Balik Pulau membuat hebahan kepada pasukan pencegahan jenayah dan sejam kemudian polis berjaya mengesan kereta itu kira-kira lima kilometer dari lokasi pertama,” katanya kepada pemberita di Sungai Ara, di sini hari ini.

Beliau berkata polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kereta berkenaan apabila kereta itu enggan berhenti, sebaliknya cuba menghimpit kereta polis yang mengejarnya.

“Kereta itu kemudian terbabas di bahu jalan Simpang Empat Genting, Balik Pulau dan hasil pemeriksaan polis mendapati ada dua lelaki dan seorang wanita Indonesia serta warga emas berusia 77 tahun di dalam kereta itu,” kata Mazlan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, kumpulan terbabit dipercayai mengekori warga emas yang membawa wang tunai RM9,200 setelah wanita berkenaan mengeluarkan wang dari sebuah bank dan mereka memukau mangsa untuk tujuan samun.

Mazlan berkata susulan penahanan tiga rakyat Indonesia itu, polis menemui semula empat bentuk cincin, seutas rantai leher, seutas rantai tangan dan tiga beg pelbagai jenama.

Kumpulan itu aktif sejak tahun 2013 dan polis percaya dengan penahanan mereka dapat menyelesaikan empat kes membabitkan pukau dan samun di Pulau Pinang, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang disyaki terlibat dalam 10 kes ragut di sekitar daerah Balik Pulau, di sini pada 28 Jan lepas.

“Lelaki yang menunggang motosikal itu berjaya ditahan oleh orang ramai selepas dia meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Lengkok Merbah 1, Pusat Bayan di Bayan Lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd