Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

QZ8501: Jasad Mangsa Warga...

SURABAYA - Penantian keluarga rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden AirAsia QZ8501 pada...

Ibu Jalin Hubungan Songsang...

APABILA hidup hilang pegangan, inilah yang berlaku. Seorang ibu dan anak perempuannya telah...

Perhimpunan Tabligh Di Indonesia...

JAKARTA - Acara Ijtima of Asia 2020 di Indonesia yang dijadualkan berlangsung hari...

Dani Pedrosa Juarai GP...

SEPANG - Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa muncul juara Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia...

Gadis Jadi Harapan Polis Untuk Selesaikan Kes Bunuh Keluarganya

Pihak polis Cape Town di Afrika Selatan yakin dapat mengesan pembunuh tiga daripada lima sekeluarga dalam satu serangan menggunakan kapak pada 27 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, Teresa van Breda, 54, ditemui mati di balkoni manakala mayat suaminya, Martin, 55 dan anak lelakinya Rudi, 22, ditemui dalam sebuah bilik tidur.

Anak perempuannya, Marli, 16, pula cedera parah di bahagian kepala dan leher dan kini sedang diletakkan di bawah penjagaan unit rawatan rapi hospital.

Marli van Breda, 16, kini diletakkan di bawah unit rawatan rapi selepas parah diserang dengan kapak.
Marli van Breda, 16, kini diletakkan di bawah unit rawatan rapi selepas parah diserang dengan kapak.

Laporan beberapa media dilihat cuba memberi petunjuk bahawa suspek kejadian tersebut mungkin anak kedua pasangan Breda iaitu Henri, 20, yang hanya mengalami kecederaan ringan dan turut bertindak menghubungi talian kecemasan selepas kejadian.

Portal News24 menyebut Henri mempunyai masalah kesihatan dan pernah menjalani rawatan imbasan otak pada tahun lalu, namun keputusannya adalah negatif.

Sementara itu, eNews Channel Africa pula melaporkan pemuda itu kedengaran ketawa dalam perbualannya dengan operator talian kecemasan.


Henri, 20, dikatakan ketawa sewaktu menghubungi talian kecemasan selepas kejadian.
Henri, 20, dikatakan ketawa sewaktu menghubungi talian kecemasan selepas kejadian.

Bagaimanapun, semua spekulasi itu dinafikan oleh bapa saudaranya yang memberitahu Henri kini sedang berduka atas kejadian yang menimpa keluarganya itu.

Kini, pihak polis berharap Marli dapat membantu untuk menyelesaikan kes pembunuhan tersebut memandangkan dia sudah boleh memberi respon melalui kerdipan mata. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=CzJGjmMbwmE

Oleh: Elza

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori