• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fiji Buang Simbol Union Jack, Ubah Bendera Rasmi Negara

oleh
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUVA – Pemerintah Fiji, sebuah gugusan pulau besar di Lautan Pasifik; akan membuang simbol Union Jack pada bendera rasmi negara, sekali gus menganjurkan pertandingan bagi mereka bentuk semula bendera baharu pulau bekas jajahan British itu.

Media Australia melaporkan, Perdana Menteri Fiji, Frank Josaia Voreqe Bainimarama berkata, langkah itu sebagai tanda patriotik bagi menjelaskan pulau tersebut bukan lagi di bawah pentadbiran Britain sejak merdeka pada 1970 dan menjadi republik pada 1987.

“Lambang Union Jack kecil di bucu kiri atas selain perisai salib Saint George mengandungi seekor singa, pokok tebu, pisang, palma dan burung merpati putih adalah imej lama yang tiada kena-mengena pun dengan situasi Fiji zaman moden,” kata beliau.

Bainimarama menegaskan, bendera sekarang yang diubah suai ketika zaman penaklukan British di pulau itu pada 1874 sebelum pulau tersebut merdeka boleh dianggap sebagai ketinggalan zaman malah langsung tidak relevan dengan suasana semasa.

Justeru, bekas pemimpin rampasan kuasa lapan tahun lalu itu berkata, kerajaan akan mengadakan pertandingan khas untuk mencipta bendera baharu dan akan mula dikibarkan pada 11 Oktober depan sempena hari ulang tahun ke-45 kemerdekaan Fiji.

Pemerintah Fiji memperkenalkan siri baharu mata wang dollar tempatan yang tidak lagi memaparkan potret Ratu Elizabeth II sejak 2013. – Gambar hiasan

Tindakan Bainimarama itu mendapat tentangan parti pembangkang yang sebelum ini turut mengkritik beliau kerana memansuhkan cuti umum Hari Kelahiran Ratu Elizabeth II sejak 2012 dan membuang potret baginda pada wajah mata wang dollar Fiji.

Setakat ini hanya Australia, New Zealand, Tuvalu, Anguilla, Bermuda, Cook, Cayman, Niue, Falkland, Diego Garcia, Pitcairn dan Montserrat masih lagi menggunakan lambang Union Jack pada bendera rasmi wilayah masing-masing.

Bagaimanapun Kanada yang turut mengekalkan Ratu Elizabeth II sebagai pemerintah rasmi tertinggi negara itu telah pun memansuhkan imej bendera kecil tersebut pada 1964 kepada lambang daun maple merah yang juga simbol kebangsaan.

Australia pernah berhasrat menukar bendera negara, namun ditolak pada 1999 manakala jirannya, New Zealand bakal membuat pungutan suara tahun depan untuk ganti bendera kepada daun pakis, simbol terkenal daripada pasukan ragbi All Blacks.

Dalam pada itu, pencipta bendera sedia ada Fiji pada 1970, Tessa Mackenzie, 80 tahun, marah dengan langkah Bainimarama menukar bendera negara dan mendakwa, simbol rasmi tersebut berjaya menyatukan lebih 800,000 penduduk di 333 pulau selama ini.

“Untuk kata sejarah lama tidak relevan dengan masa kini adalah ‘ayat bodoh’ kerana tanpa masa silam, tidak akan wujud zaman moden, bahkan majoriti rakyat Fiji masih lagi bangga terhadap bendera sekarang,” ujar wanita tersebut penuh kesal. – Agensi

Tags: AustraliaBritainBritishFiji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ezad Lazim Mengaku Bersalah Miliki Dadah

Next Post

Wujud Seruan Basmi Bangsa Cina – Patut Disiasat

Related Posts

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

05/01/2025
0

SYDNEY - Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Wujud Seruan Basmi Bangsa Cina - Patut Disiasat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd