• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Sekeluarga Nyaris Rentung Terbakar Dalam Kereta

oleh AK-47
20/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Enam sekeluarga nyaris rentung apabila kereta yang dinaiki tiba-tiba terbakar dan meletup di susur keluar Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), Kemaman, semalam.

Insiden kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Gombak, Selangor menuju Bandar Al-Muktafibillah Shah, Dungun.

Menurut pemandu, Muhammad Syazwan Irfan Jamil, 22, dia bersama ibu bapa serta tiga adik-beradiknya sedang dalam perjalanan bagi menjemput adiknya Muhammad Syazwan Irfan di Dungun.

Bercerita disebalik kejadian, Syazwan berkata secara tiba-tiba asap dan api keluar dari bahagian belakang keretanya.

“Cemas dengan kejadian itu, saya lantas memberhentikan kereta saya dan mengarahkan semua ahli keluarga saya turun. Selang beberapa minit kemudian, kereta saya tiba-tiba terbakar dan meletup,” katanya.

Kejadian yang terlalu pantas itu mengakibatkan barangan milik mereka dalam kereta jenis Proton Exora itu tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, anggota Bomba dan Penyelamat turut bergegas ke lokasi kejadian. – MYNEWSHUB.CC

Video Kemalangan Kereta Terbakar (Bukan kejadian di atas)

https://www.youtube.com/watch?v=vAEMXVA0znU

Tags: kemalangankereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd