Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Abdul Azeez Nafi RM22...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez...

Fungsi Majlis Agama Islam...

GEORGE TOWN - Majlis Agama Islam sewajibnya berperanan sebagai sebuah dewan pemikiran dan...

Cameron Highlands Kawasan Paling...

KUALA LUMPUR - Pusat peranginan terkemuka Cameron Highlands merupakan kawasan paling sejuk di...

Pemuda Ditahan Kerana Miliki...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan selepas polis menemukan selaras...

Peguam Tuduh Shafee Diminta Belajar Lagi Undang-Undang

PEGUAM Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berharap pihak yang menuduh beliau menghina mahkamah supaya kembali semula ke universiti dan belajar semula Undang-Undang.

Seorang peguam hari ini mendakwa Muhammad Shafee telah menghina mahkamah dengan mendedahkan butiran kenyataan mangsa liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikan secara tertutup.

Muhammad Shafee sebelum ini merupakan ketua pasukan pendakwaan dalam kes rayuan liwat II Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

BACA – Kes Anwar Bukan Cerita Politik, Kata Shafee Abdullah

Peguam itu ialah Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya Prof Gurdial Singh Nijar.

Menurut Muhammad Shafee, peguam itu perlu kembali ke universiti dan belajar lebih banyak lagi berkenaan undang-undang.

Portal Malaysiakini melaporkan Gurdial berkata keterangan saksi yang dibuat di hadapan kamera tidak boleh didedahkan di luar mahkamah.

210215ShafeeLawyer_1

“Dalam prosiding berkamera, keterangan diberikan di hadapan hakim tanpa kehadiran orang ramai dan media di dalam mahkamah,” katanya.


Muhammad Shafee bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan tuduhan Gurdial Singh.

Beliau sebelum ini memperincikan keterangan Mohd Saiful bagaimana kejadian liwat oleh Anwar itu berlaku dalam satu forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) Selasa lepas.

Penerangan Kes Liwat II Oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Dalam laporan Malaysiakini itu, Gurdial Singh berkata perbuatan Muhammad Shafee itu jelas menghina mahkamah dan jika disabitkan, boleh dihukum penjara, denda atau kedua-duanya.

Kes liwat II, Muhammad Shafee dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mengendalikan pasukan pendakwaan kes itu.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori