• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr MAZA Puji Tindakan Najib Saat Tahu Kematian Nik Aziz

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUFTI Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memuji langkah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhenti berucap dan mengajak hadirin membaca Al-Fatihah sebaik mengetahui berita kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau, Najib melakukan satu tindakan tepat yang menggambarkan beliau mempunyai nilai-nilai budi yang baik.

BACA – PM Berhenti Berucap, Sedekah Al-Fatihah Untuk Nik Aziz

“Saya ingin memuji sikap hormat-menghormati sekalipun berbeza pandangan politik yang ditunjukkan Najib dalam rakaman (berita) ini ketika menerima berita kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ia gambaran kesantunan dan nilai budi baik yang ada pada diri seseorang individu,” komen Dr Asri menerusi status Facebook yang dimuatnaik pada Sabtu.

140215MazaPuji_1

Najib ketika berucap dalam satu majlis di sebuah hotel di ibu negara sebelum ini, menghentikan ucapan sebaik sahaja dimaklumkan tentang berita kematian Allahyarham Nik Abdul Aziz oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau kemudiannya memaklumkan kepada hadirin seterusnya mengajak sama-sama membaca surah Al-Fatihah.

http://youtu.be/5c9B_ROzDcY

Bekas Menteri Besar Kelantan Nik Aziz meninggal dunia 12 Februari lalu jam 9.40 malam di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan kerana sakit kanser pada usia 84 tahun.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Najib Tun RazakPerlis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd