Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

6 Termasuk 2 Budak...

LAHAD DATU - Enam maut termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak selepas kenderaan...

Tiga Beranak Diikat, Dirompak

PONTIAN - Sepasang suami isteri bersama-sama seorang anaknya disamun tiga lelaki warga asing...

Roti Gardenia Naik Harga...

SHAH ALAM - Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL)...

Karyawan Dakwa Badan Kutipan...

KUALA LUMPUR - Ramai artis tidak berpuas hati dengan bayaran royalti yang mereka...

Dr MAZA Kayuh Basikal Cari Asnaf Di Perlis Untuk Bagi Zakat

MUFTI Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dilantik semula menjadi Mufti Perlis memulakan tugasnya dengan mengayuh basikal mencari golongan asnaf iaitu mereka yang layak menerima zakat di negeri tersebut.

Beliau sebelum ini merupakan tokoh ilmuwan agama yang lantang mengkritik isu pengagihan bayaran zakat.

Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA berkongsi gambar beliau bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Syed Sirajuddin bertemu penduduk negeri Perlis dalam program berkenaan, di laman sosial beliau.

MENARIK – Dr MAZA Dilantik Mufti Perlis Semula, Mula Tugas Hari Ini

Dalam kenyataan ringkas menerusi status Facebook, beliau menyifatkan acara yang akan dibuat secara mingguan itu berbaloi kerana dapat melihat sendiri tempat tinggal golongan asnaf dan kehidupan mereka.

“Saya berharap pihak pengurusan (zakat) mencari asnaf, bukan asnaf tercari-cari di mana hak zakat mereka,” kata beliau, memetik laporan Malaysiakini.

Program berkenaan sebelum itu merupakan aktiviti mingguan Syed Faizuddin, dipertua Majlis Agama Islam Perlis dan kadang kala dibuat dua kali seminggu, kata Dr MAZA.


Dr MAZA dilantik kembali ke jawatan mufti Perlis menggantikan Dr Juanda Jaya, bermula Ahad lalu setelah melepaskan jawatan itu pada 2006.

-MYNEWSHUB.CC

Video Ceramah Dr MAZA Berkaitan Jangan Bersedih

http://youtu.be/cGLyP6mNX7E

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori