• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Dottie’ Akur Tawaran Kurang Kerana Saiz Badan

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Dottie iaitu Nur Syuhaida menjelaskan wajahnya jarang muncul di televisyen menerusi projek terbaharu kerana peranan untuk aktres bersaiz sepertinya tidak banyak ditawarkan oleh produksi tempatan.

Nor Syuhaida atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Ab Razak, 27, berkata, biarpun terpaksa akur dengan situasi berkenaan namun dia tidak pernah berputus asa untuk meneruskan karier sebagai pelakon.

“Selepas Dottie saya akui karier agak perlahan sedikit kerana banyak peranan tidak sesuai dengan saiz badan saya namun ia tidak pernah melemahkan semangat saya untuk terus berada dalam industri.

“Saya masih aktif berlakon dan tawaran masih ada cuma terhad,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Nor Syuhaida, dia tidak pernah menyalahkan mana-mana produksi yang enggan mengambilnya berlakon kerana mereka berhak menentukan barisan pelakon untuk menjayakan sesuatu drama itu.

Malah katanya, dia juga menjelaskan tidak pernah menjadi mangsa diskriminasi sehingga tidak mendapat tawaran berlakon hanya kerana bentuk tubuhnya.

Sementara itu, Nor Syuhaida berkata, dia tidak berkecil hati apabila masih ada peminat yang memanggilnya dengan nama Dottie biarpun drama bersiri lakonan bersama Sharnaaz Ahmad itu sudah berakhir lima tahun lalu.

“Tiada sebab untuk saya berasa kecil hati kerana Dottie semenangnya telah meninggalkan impak besar dalam karier saya sebagai pelakon sehingga ia masih diingati sehingga kini.

“Memang orang masih panggil saya dengan nama itu dan kebiasaannya apabila mereka panggil saya Dottie saya akan beritahu nama sebenar saya,” jelasnya. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd