• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Suami Sawan, Bakal Isteri Kahwini Tetamu!

oleh
23/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seorang pengantin perempuan di utara India ‘naik marah’ dan meminta untuk menggantikan calon suaminya sendiri ketika lelaki tersebut tiba-tiba kejang dan terjatuh di lantai akibat sawan semasa hampir proses pernikahan.

Sejurus rebah, bakal pengantin lelaki, Jugal Kishore segera dibawa ke hospital menyebabkan mempelai perempuan yang bernama Indira marah dan langsung menunjuk seorang tetamu lelaki yang hadir untuk menjadi calon ganti suaminya.

Kejadian spontan berlaku di bandar Rampur, di negeri Uttar Pradesh itu mengakibatkan tetamu tersebut yang kebetulan masih bujang langsung bersetuju bernikah dengan pengantin perempuan, lapor stesen penyiaran BBC pada Khamis.

Memetik akhbar berpengaruh The Times of India, insiden yang memalukan itu berlaku apabila Kishore, 25 tahun, terjatuh dan tubuhnya kejang beberapa saat setelah menerima tali panjang rangkaian bunga daripada Indira pada upacara varmala.

Pemuda itu gagal melafazkan nikah sekali gus terbongkar rahsia dia sebenarnya menderita akibat sudah lama menghidap penyakit epilepsi namun, pendedahan tidak dirancang itu mengakibatkan keluarga Indira langsung berasa marah.

Indian Bride Marries Wedding Guest After Groom Has Seizure

Media tempatan melaporkan, sebaik keluar dari hospital, Kishore bergegas menemui Indira dan memohon wanita itu menceraikan suaminya kerana malu menjadi bahan ketawa keluarga jika pulang ke rumahnya di Moradabad tanpa membawa isteri.

Namun, si pengantin perempuan tetap tidak berubah fikiran dan mendakwa dia kini sah bergelar isteri orang dan tidak akan sesekali berpisah daripada suaminya yang tercinta apatah lagi menduakan kasih curang kepada lelaki lain.

Seorang pegawai polis tempatan, Ram Khiladi Solanki memberitahu BBC, Kishore dan keluarganya bingung sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis namun, mereka berpendapat, wanita berusia 23 tahun itu sudah bernikah secara rasmi.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa pun kerana ini bukan kes jenayah. Masalah lelaki itu adalah isu bersifat peribadi dan mereka kena mencari jalan keluar sendiri, manakala laporan polis ini pula terpaksa ditolak,” ujar beliau. – Agensi

Tags: curangIndianikahpengantin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd