• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budi Bicara Agong Dengar Prosiding Lembaga Pengampunan

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun petisyen pengampunan Diraja telah difailkan, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipaksa untuk memulakan mesyuarat pengampunan atau membuat keputusan kerana ia merupakan budi bicara baginda.

Pakar perlembagaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk memanggil orang yang dirasakan berkenaan untuk menghadiri mesyuarat pengampunan itu.

“Jika Yang di-Pertuan Agong tidak berkenan mendengarnya, tidak ada sesuatu yang boleh menggesanya atau memaksa baginda.

“Katalah dalam kes (permohonan untuk pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim) ini, Yang di-Pertuan Agong tidak bersetuju, atau enggan hadiri mesyuarat itu, tidak ada apa yang boleh dibuat…(kerana) ini hak Tuanku, dan hak kemanusiaan yang pokok untuk baginda,” katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.

Rabu lepas, isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berserta anak-anaknya Nurul Nuha dan Nurul Izzah, menfailkan petisyen permohonan pengampunan Diraja kepada Istana Negara dan turut menghantar satu salinan kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Jika diberi pengampunan, kedudukan Anwar sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang kekal, walaupun beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu.

Dalam pada itu, Rais, yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia turut menerangkan bahawa komposisi penubuhan sesuatu Lembaga Pengampunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong berserta Peguam Negara atau wakil Peguam Negara, dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Wilayah Persekutuan.

Dan bagi konteks negeri pula ialah ketua negeri masing-masing iaitu Sultan, Raja (bagi Perlis), Yang Dipertuan Besar (bagi Negeri Sembilan) atau Yang Dipertua Negeri (bagi negeri-negeri yang tidak beraja), berserta wakil daripada Jabatan Peguam Negara.

Mengenai kaedah dan tempoh masa yang ditetapkan sebelum sesuatu keputusan dapat dicapai, beliau menegaskan bahawa tidak disebut dalam Perkara 42, atau mana-mana peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan mengenai hal itu.

“Peruntukan (Perlembagaan Persekutuan) ini tidak menyebut langsung tentang kaedahnya atau prosedur yang harus diguna pakai dalam menerima atau menimbangkan sesuatu rayuan atau petisyen,” kata Rais, yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang Undang-undang Sivil, Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia dari King’s College, University of London.

“Dalam perlembagaan atau undang-undang sedia ada, juga tidak disebut tempoh (keputusan pengampunan perlu dicapai). Ini adalah disebabkan peranan pengampunan, adalah di luar bidang undang-undang biasa,” katanya.

Rais berkata, keadaan ini adalah berdasarkan keputusan kes Juraimi Hussin pada 2001 yang Mahkamah Agung (kini dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan) ketika itu memutuskan tiada tempoh masa yang ditetapkan untuk Lembaga Pengampunan Pahang membuat keputusan.

“Di situ pihak perayu meminta supaya ditentukan tempoh pengampunan didengar, mahkamah di situ (Mahkamah Agung) memutuskan ia tidak terikat dengan tempoh yang dipertikaikan sebab ia merupakan tindakan kemanusiaan atas budi bicara pihak yang mengampunkan,” katanya lagi.

Pada 12 September 2001, pembantu bomoh, Juraimi yang dihukum mati kerana membunuh seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 1993, gagal dalam usahanya mendapatkan pengesahan Mahkamah Persekutuan bagi persoalan perlembagaan berhubung penolakan petisyen pengampunannya oleh Sultan Pahang.

Panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Wan Adnan Ismail, dalam keputusan mereka secara sebulat suara memutuskan untuk menolak isu perlembagaan yang dibangkitkan Juraimi.

Berikutan keputusan itu, Juraimi, 31, tidak lagi mempunyai ruang perundangan untuk mengetepikan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya dan pasangan bomoh Maznah Ismail, yang lebih dikenali sebagai Mona Fandey, 45, dan Mohamed Affandi Abdul Rahman, 44, kerana membunuh ADUN Batu Talam Datuk Mazlan Idris di sebuah rumah di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, antara 2 Julai dan 18 Julai, 1993.

Sementara itu, pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, keputusan keluarga Anwar memfailkan petisyen ke Istana Negara wajar dijadikan satu contoh untuk menyedarkan rakyat mengenai kepentingan institusi yang memayungi kedaulatan negara itu.

“Rakyat Malaysia yang buat komen mengenai institusi diraja, tak faham kepentingan institusi itu. Jelas (dalam kes ini) bahawa institusi itu penting apabila dalam keadaan susah sahaja. Selama ini bila dalam keadaan senang, kita ingat tak berguna.

“Tetapi kalau kita faham semangat perlembagaan dengan kekalkan kedudukan raja-raja, dalam konteks ini raja adalah payung kepada semua orang, sama ada seseorang itu bersalah, atau seorang Melayu, bukan Melayu, raja masih ada belas ihsan dan hak ini diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ditanya sekiranya Yang di-Pertuan Agong, setelah mendengar nasihat daripada anggota Lembaga Pengampunan yang lain, bersetuju untuk memberi pengampunan kepada Anwar, adakah mangsa dalam kes itu boleh mencabar keputusan itu, Shamrahayu berkata proses berkenaan akan terhenti di situ sahaja.

“Dalam kes ini, kita sudah mencapai tahap yang tertinggi dalam proses keadilan. Sekiranya masih ada orang tidak puas hati, maka undang-undang masih juga beri ruang (melalui Lembaga Pengampunan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

‘Malah ruang pengampunan itu pun masih lagi dipersoalkan, apakah ruang lagi yang tinggal? Ia perlu berhenti di situ, kalau tidak keseluruhan sistem akan rosak,” tegasnya lagi. – BERNAMA

Tags: AgongRais Yatim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Madonna Jatuh Tergolek Di Pentas Brit Awards 2015

Next Post

Zahida Fitnah Bekas Pemandu, Diarah Bayar RM150 Ribu

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

02/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan penjawat awam yang berusaha keras...

‘Saya Akan Tarik Balik Darjah Penerima Yang Cemar Nama Negara’ – Agong

‘Saya Akan Tarik Balik Darjah Penerima Yang Cemar Nama Negara’ – Agong

07/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini memberi amaran akan menarik balik darjah kebesaran, bintang dan pingat...

Next Post

Zahida Fitnah Bekas Pemandu, Diarah Bayar RM150 Ribu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd