• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Terbalik: 2 Nelayan Hilang Ditemui Lemas

oleh Ahmad Albab
20/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua nelayan yang hilang selepas bot mereka terbalik akibat dipukul ombak di Pancang Gombang, Kuala Gula berhampiran Rumah Api Kuala Gula dekat Kuala Kurau di sini semalam, ditemui lemas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Perak Hasrin Hasbi berkata mayat Muhammad Farid Hussin, 35, dari Kuala Gula ditemui pada 8.20 pagi manakala mayat warga Indonesia Patahhul Karim, 27, ditemui pada 10.34 pagi tadi.

“Kedua-dua mayat ditemui terapung dengan mayat Muhammad Farid ditemui di perairan menghala utara manakala mayat Patahhul arah ke selatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Parit Puntar untuk bedah siasat.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat itu, yang bermula semalam, melibatkan 28 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Selama, Bagan Serai, Parit Buntar dan Pasukan Penyelamat Dalam Air dari Kuala Kangsar serta Ipoh.

“Operasi dijalankan selama 24 jam dan sebanyak lima bot digunakan untuk mencari mangsa,” katanya.

Semalam, pihak bomba menerima maklumat mengenai tiga daripada empat bot nelayan terbalik pada 7.40 pagi.

Ketika kejadian, nelayan terbabit sedang memunggah pukat dan angin kuat menyebabkan bot mereka dipukul ombak sebelum terbalik.

Empat bot berkenaan dinaiki enam nelayan tetapi dua daripada mereka lemas. – BERNAMA

Tags: mati lemasNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd