• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sharnaaz Belum Sedia Ulas Isu Hubungan Cinta Dengan Anis

oleh Ahmad Albab
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan hubungan cintanya dengan pelakon baharu Anis Al Idrus sudah berakhir.

Sharnaaz berkata, dia akan memberi penjelasan tersebut bila dirasakan bersedia untuk berkongsi masalah peribadi itu kepada umum.

“Maaf buat masa sekarang saya tidak mahu komen tentang hubungan ini.

“Tunggulah, nanti bila sudah bersedia saya sendiri akan hubungi awak untuk penjelasan itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas status gambar seekor burung yang dimuat naik pada Selasa dengan kapsyen berkaitan pembebasan.

Rata-rata pengikut laman instagram itu berpendapat ia berkaitan dengan hubungan cinta pelakon tersebut dengan seorang pelakon wanita baharu iaitu Anis Al Idrus.

Manakala, pada Jumaat lalu, Sharnaaz turut memuat naik gambarnya bersama seorang kanak-kanak lelaki dengan kepsyen seakan-akan sedang dilanda musibah.

shr2

“Adik, awak datang masa abang dilanda musibah, tapi awak bagi abang sedar yang hidup kita mungkin susah tapi kita ada istimewa masing-masing.

“Contoh kelebihan yang awak ada awak bagi sekeliling rasa bertuah bila ada disekeliling awak. Adik Hizri bagi saya senyuman yang dah lama lupa macam mana senyuman jujur dan ikhlas,” tulisnya pada kapsyen tersebut.

Sementara itu, kekasihnya, Anis Al Idrus didapati memadam semua gambar-gambar mereka berdua di laman instagram miliknya sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan kenyataan Anis gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon. – mStar Online

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

MB Negeri Sembilan Lancar Perpatih Fest 2026, Perkenalkan Keunikan Adat Perpatih

MB Negeri Sembilan Lancar Perpatih Fest 2026, Perkenalkan Keunikan Adat Perpatih

30/10/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berharap Perpatih Fest 2026 terus berkembang sebagai acara warisan dan kebudayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd