AKHIRNYA pereka fesyen Fizi Woo yang mencipta busana Neelofa pada majlis Anugerah Meletop Era 2015 (AME2015) tampil memberikan kenyataannya berhubung kritikan orang ramai terhadap pakaian yang digayakan oleh selebriti cantik terbabit.
Menurut Fizi Woo, mereka yang memberikan kritikan terhadap pakaian tersebut disifatkannya sebagai orang yang tidak tahu mengenai perihal fesyen secara mendalam.

“Mereka tidak tahu tentang fesyen dan melihat apa juga perkara yang baru dari sudut pandangan negatif dengan tujuan mengkritik sahaja.
“Sebelum ia dipakai Neelofa saya sudah terlebih dahulu minta pendapat pakar-pakar yang tahu tentang fesyen termasuk editor majalah antarabangsa mengenai baju rekaan saya itu dan mereka semua beri reaksi positif serta menganggap ia setanding dengan kualiti rekaan peringkat antarabangsa,” katanya memetik mStar.
Sebelum ini, ramai pihak mengkritik busana merah yang digayakan Neelofa kelihatan seperti ‘sotong’ disebabkan ruffles yang terdapat di bahagian sisi rekaan tersebut.
Menurut Fizi lagi, rekaannya itu adalah berinspirasikan bunga ros dan ianya dijahit menggunakan 70 peratus jahitan tangan olehnya sendiri yang mana ianya memakan belanja sebanyak lebih kurang RM10,000.
Malah pereka muda ini turut menambah, dia tidak menaja pakaian tersebut sebaliknya Neelofa mengeluarkan duitnya sendiri untuk memintanya mereka cipta pakaian sempena AME 2015 yang berlangsung minggu lalu.
“Baju itu bukan kami sponsor sebaliknya Neelofa bayar untuk kami hasilkan yang terbaik buatnya,” katanya.
Hah, kan dah terjawab persoalan mengenai baju Neelofa.
Lain orang lain tastenya kot.. tapi bila tengok balik baju ini pun tak lah buruk pun, malah ianya sangat unik dan lain daripada kebiasaan gaun yang sering digayakan selebriti wanita tempatan kan.
Mana tahu, rekaan Fizi yang ni bakal menjadi trendsetter pula untuk pereka-pereka lain di luar sana selepas ini pula kan.
Jangan putus asa Fizi, sebabnya memang rekaan anda lain daripada yang lain dan sentiasa muncul dengan idea fresh.
Teruskan berkarya agar ciptaan anda menjadi setanding pereka-pereka fesyen antarabangsa dari seluruh dunia! – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=SA9_xLI_Ykw


