• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Bakal Bertanding Parlimen Permatang Pauh?

oleh AK-47
19/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang sebelum ini disandang suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Biro politik PKR dikatakan meluluskan cadangan berkenaan, demikian menurut sumber seperti yang dipetik akhbar The Star.

Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dijangka bertanding berikutan Anwar telah hilang kelayakan setelah dihukum penjara ekoran kes Liwat II.

Dalam mesyuarat yang diadakan pada lewat malam Selasa, sumber memberitahu, parti itu juga bercadang mendapatkan sokongan Anwar terhadap keputusan berkenaan.

Apabila dihubungi hari ini, pemimpin PKR bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada parti itu mencalonkan Wan Azizah atau tidak.

“Kami belum putuskan (siapa patut bertanding di Permatang Pauh).

“Apa yang diputuskan di mesyuarat itu ialah Datuk Seri Anwar akan dirujuk siapa perlu dicalonkan. (Naib Presiden PKR) R. Sivarasa akan menemui Anwar di penjara sama ada hari ini atau selepas Tahun Baru Cina untuk mendapatkan pendapat beliau,” kata Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau lebih kenali sebagai Tian Chua.

Anwar dihukum penjara selama lima tahun pada 10 Februari lalu, menyebabkan pilihan raya kecil bagi kerusi parlimennya terpaksa diadakan.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=kQ6lh94JfqA

Tags: Pemilihan PKRPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd