Siapa yang tak ‘panas’, dek kerana kebodohan orang lain meletakkan kenderaan kita pulak yang dapat susah.
Kemarahan dan kebengangan rakyat Malaysia dalam kesalahan meletakkan kenderaan khususnya telah tertubuhnya satu laman group Facebook You Park Like An Asshole (Malaysia) yang menjadi wadah untuk memuat naik gambar-gambar kenderaan parkir yang disifatkan sebagai salah, bodoh dan pentingkan diri.
Seperti agakkan ramai, pastinya pemandu kenderaan yang berkenaan akan dicemuh, dikritik dan dimalukan oleh para netizen.
Menurut pengendali group berkenaan, Facebook itu bertujuan memberi maklumat kepada masyarakat dan mendidik pengguna lebih berdisiplin.
Malah, group ini berjaya menarik lebih 18,000 ahli untuk menyertainya meskipun baru diwujudkan enam bulan lalu.
Gambar kenderaan yang selalu dimuat naik ialah kesalahan meletakkan kenderaan seperti parkir sengit, tidak masuk dalam petak, parkir di tempat kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan double-parking hingga menghalang pergerakkan pengguna lain.
Nota makian dan cacian berbunyi “Kepada si celaka, anak perempuan 17 tahun aku parkir lagi baik daripada kau†dan “Dulu kecil-kecil tak nak mati, dah besar menyusahkan orang” antara paling pedas kedengaran dalam laman group ini.
Makanya, bagi yang terasa diri selalu mementingkan dalam urusan parkir, segeralah ‘bertaubat’ takut-takut kenderaan anda pulak bakal dipaparkan di laman Facebook ini. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=dADcBCnBTPs







