• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Australia Ancam Boikot Sektor Pelancongan Indonesia

oleh
13/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA – Jika di Malaysia baru-baru ini, kecoh apabila pengguna digesa memulaukan peniaga tamak yang sengaja menjual barangan pada harga tinggi meskipun harga minyak petrol dan tarif elektrik turun, namun lain pula halnya berlaku di Australia.

Kerajaan negara itu meminta rakyatnya agar memulaukan pelancongan ke Indonesia, hanya kerana Jakarta enggan memenuhi permintaan Canberra dan meneruskan rancangan untuk menjatuhkan hukuman mati atas dua orang pengedar dadah warga Australia.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop pada sidang Parlimen di sini pada Jumaat mengatakan bahawa ada kemungkinan tindakan Indonesia itu akan membawa kepada ‘pemanggilan’ kembali diplomat kanan dari negara itu sebagai tanda bantahan keras.

Menurut beliau, Canberra akan melakukan apa sahaja yang terdaya untuk menghentikan pelaksanaan hukuman tembak sampai mati itu ke atas rakyatnya terdiri duo geng narkotik Bali Nine dikenali sebagai Myuran Sukumaran dan Andrew Chan (gambar atas).

Ancaman boikot itu menyaksikan hubungan dua hala yang sebelum ini rapat dari segi perdagangan dan keselamatan bertukar kepada ketegangan paling kritikal ekoran Australia sejak sekian lama kebetulan tidak mengiktiraf hukuman mati terhadap pesalah.

Bishop sekali lagi merayu agar Canberra melakukan sesuatu untuk menyelamatkan nyawa rakyatnya itu, ketika Jakarta dikatakan belum pun memindahkan pesalah itu dari sebuah penjara di Bali ke tempat hukuman bunuh di sebuah pulau terpencil, Nusakambangan.

Jumlah kedatangan pelancong Australia ke Indonesia didapati meningkat setiap tahun. – Gambar hiasan

Dua pengedar tersebut diberkas polis di lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai Denpasar pada 2005 lalu apabila dikesan cuba menyeludup masuk 8.2 kilogram heroin dan dijatuhi hukuman mati setahun kemudian tetapi ia ditangguhkan beberapa kali.

Indonesia menjadi antara destinasi pilihan hampir sejuta rakyat Australia melancong setiap tahun kerana kedudukan berjiran dari segi geografi selain kadar tukaran asing yang lebih murah iaitu 10,000 rupiah cuma bersamaan dengan 1 dollar Australia.

Pelancong Australia juga adalah ketiga paling ramai selepas Malaysia dan Singapura, manakala dari segi ekonomi mereka dianggarkan berbelanja purata AS$153 (RM545) sehari serta menginap lapan hari sepanjang bercuti di Indonesia. – Agensi

Tags: AustraliadadahIndonesiaPelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

11/01/2026
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluahkan keprihatinan mendalam terhadap realiti negaranya yang kaya dengan sumber daya alam, namun masih...

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd