• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Mahu Tayang Video Ucapan Anwar Di Mahkamah

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu mengadakan siri jelajah ke seluruh negara kononnya bagi menerangkan fakta kes yang perlu diketahui rakyat mengenai kes liwat membabitkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan turut menayangkan video ucapan Anwar sewaktu di Mahkamah Persekutuan kepada orang ramai serta menerangkan bahawa hukuman itu satu konspirasi politik.

“Kami juga akan mengadakan pertemuan dengan anak muda daripada pelbagai latar belakang sebagai usaha bersepadu menzahirkan kebangkitan golongan muda bermula dengan sesi perbincangan pada Ahad ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Nazmi berkata, pimpinan AMK di peringkat negeri pula akan menggerakkan sokongan rakyat di peringkat akar umbi bermula dengan `flashmob’ selepas solat Jumaat esok di masjid-masjid tumpuan di seluruh negara.

“Anak muda tidak akan berdiam walaupun terdapat unsur tekanan dan ugutan daripada pihak berkuasa untuk menutup mulut rakyat daripada menyuarakan pendapat mengenai fakta-fakta kes,” dakwanya.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini mengumumkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dikekalkan.

Pasukan pendakwaan sebelum ini memfailkan rayuan balas agar hukuman terhadap Anwar ditambah.

Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. – mynewshub.cc

Tags: AMKAnwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

04/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim secara sinis menyindir kenyataan bekas Ahli...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd