• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Kecewa Mahkamah Kekal Hukuman Penjara Anwar

oleh AK-47
13/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMERIKA Syarikat (AS) menyuarakan kekecewaan dan kebimbangan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman lima tahun penjara kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kebimbangan itu disuarakan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan Kedutaan Besar AS di Malaysia, pada Selasa.

“Amerika Syarikat begitu kecewa dan bimbang dengan penolakan rayuan terakhir Anwar Ibrahim di atas sabitannya.

BACA JUGA – GAMBAR : Anwar Ibrahim Tiba Di Penjara Sungai Buloh

“Amerika telah mengikuti perjalanan perbicaraan Anwar dengan rapat dan keputusan untuk mendakwa Anwar dan perbicaraan mencetuskan kebimbangan berkenaan undang-undang dan kebebasan mahkamah di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan rasmi Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.
Kenyataan rasmi Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Kenyataan itu menyebut antara AS dan Malaysia wujud satu kerjasama yang kuat.

“Atas dasar hubungan ini, kami (AS) selalu membangkitkan kebimbangan serius berkenaan kes Anwar dengan pihak berkuasa Malaysia yang mementingkan keadilan, ketelusan dan badan kehakiman yang betul untuk menguatkan keyakinan kepada sistem kehakiman dan demokrasi di Malaysia,” katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum parti PKR memulakan hukuman penjara beliau selama lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu, bermula semalam.

Keputusan Mahkamah Persekutuan itu mengekalkan sabitan yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada Mac tahun lepas.

– MYNEWSHUB.CC

obama

Sidang Media PKR Berkenaan Keputusan Anwar Ibrahim Bersalah

http://youtu.be/fQM0_iIC2Yw

Tags: Amerika SyarikatAnwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Maut, Lebih 60 Cedera Nahas di Seoul

Next Post

VIDEO: Ini Jadinya Bila Wanita Dibelasah Teruk Selama Setahun..

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Next Post

VIDEO: Ini Jadinya Bila Wanita Dibelasah Teruk Selama Setahun..

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd