• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, Lebih 60 Cedera Nahas di Seoul

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL- Dua orang maut dan lebih 60 mengalami kecederaan dalam nahas membabitkan 100 kenderaan yang bertindan-tindih di lebuh raya menuju lapangan terbang terbesar di Korea Selatan, kata polis.

Kemalangan itu berlaku ketika cuaca kabus teruk di laluan bertingkat menghala Seoul yang dihubungkan dengan lebuh raya utama menghubungkan Lapangan Terbang Incheon ke ibu negara.

Jurucakap polis berkata, nahas berkenaan membabitkan 105 kenderaan berpunca sebuah limosin merempuh bahagian belakang sebuah kereta lain.

Katanya, cuaca kabus menyebabkan pemandu hanya boleh melihat jarak 15 meter di hadapan kenderaan mereka.

“Seramai 63 orang termasuk 18 warga asing turut mengalami kecederaan,” katanya.

Mereka yang cedera termasuk tujuh rakyat China, tiga Thailand, dua Vietnam dan dua dari Filipina manakala seorang masing-masing dari Jepun, Russia, Bangladesh dan Switzerland. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=ONF8DGQwR_A

Tags: Korea Selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd