• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanita Kedah Terima 22 Buah Skuter Hari Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Skuad Polis Aman Wanita (Amanita) Kedah pada Rabu menerima 22 buah skuter jenis Honda Spacy bagi memudahkan skuad itu mendekati golongan hawa di negeri ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Seri Zamri Yahya berkata setiap anggota Amanita di ibu pejabat Polis daerah di Kedah akan menerima dua skuter untuk tujuan itu.

“Ia bertujuan membolehkan anggota dan polis wanita mendekati ataupun reach out kaum wanita di daerah masing-masing bagi tujuan pencegahan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan skuter di sinii.

Pada majlis di dataran kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah itu, seramai 22 wakil Amanita setiap IPD daerah menerima skuter daripada Ketua Polis Kedah.

Skuad Amanita, inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilancarkan Mac 2013, memerlukan polis wanita mendekati setiap lapisan golongan hawa terutama suri rumah untuk mengetahui permasalahan berkaitan jenayah di kawasan persekitaran tempat tinggal mereka.

Sementara itu, Penasihat Amanita Kedah ACP Surina Saad berkata Amanita Kedah pada masa kini giat mendekati kaum wanita dengan tumpuan kepada kawasan perumahan melalui penganjuran beberapa program setiap bulan.

“Dengan ini kita akan dapat lebih mendekati wanita dan mereka tidak segan silu menceritakan masalah. (Secara tidak langsung) kita menjadi perantara antara pihak polis dengan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd